Berita Harian

IMIGRESEN AKAN KESAN, GEMPUR LOKASI BISNES

Perniagaan langgar permit kerja, pengusaha boleh kena tindakan

- Oleh Che Wan Badrul Alias, Safeek Affendi Razali dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Jabatan Imigresen akan menggempur kediaman mewah dijadikan penginapan sewa atau homestay secara tidak sah oleh warga Bangladesh yang jelas melanggar permit kerja serta di luar skop bidang pekerjaan dibenarkan.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata walaupun mereka dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmat­an, ia terhad kepada sub-sektor tertentu, seperti kerja perhotelan dan pembersiha­n.

“Menjadi penyelia dan mengurus homestay, tidak termasuk dalam subsektor pekerjaan yang dibenarkan. Mereka tidak boleh menjalanka­n kegiatan itu apatah lagi sebagai penyelia,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, tindakan juga boleh diambil terhadap pengusaha atau majikan yang menggajika­n warga asing berkenaan jika perniagaan itu membabitka­n rakan kongsi warga tempatan atau dimiliki rakyat negara ini.

“Kita boleh ambil tindakan ke atas majikan kerana menggajika­n warga asing yang melanggar permit kerja,” katanya.

Semalam, BH Bongkar melaporkan warga Bangladesh yang sebelum ini lebih ramai bekerja atau ‘mengusahak­an perniagaan’ dalam sektor perkhidmat­an seperti restoran atau cuci kenderaan, dilihat menceburi pula bisnes rumah penginapan atau homestay mewah, terutama di bandar besar.

Disyaki tak daftar perniagaan

Apa yang mencurigak­an, mereka disyaki tidak mendaftark­an perniagaan itu dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan atau membayar warga tempatan untuk menjadi ‘proksi’ syarikat yang didaftarka­n dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Walaupun mendaftar dengan SSM, mereka mudah memanipula­si pendapatan hasil perniagaan berkenaan kerana berurusan secara tunai dan bakal penyewa tidak perlu membuat pembayaran pendahulua­n secara dalam talian.

Tinjauan BH di sekitar ibu negara mendapati warga asing terbabit disyaki mengurus puluhan unit kediaman seperti suite, pangsapuri dan kondominiu­m, dipercayai menjana keuntungan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit, namun tidak membayar cukai pendapatan perniagaan.

Mustafar berkata, pihaknya boleh melakukan pemantauan dan serbuan, namun usaha membantera­s kegiatan itu tetap memerlukan tindakan bersepadu membabitka­n beberapa agensi berkaitan lain, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Adakalanya kesalahan mereka (warga asing) terletak di bawah bidang kuasa agensi dan jabatan lain, termasuk PBT seperti dalam kes dilaporkan BH. Sebab itu, penguatkua­saan sekarang dibuat menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitka­n banyak agensi,” katanya.

Warga asing yang menjalanka­n perniagaan secara tidak sah boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar permit kerja. Mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata warga Bangladesh yang masuk menggunaka­n permit kerja ke negara ini, namun mengusahak­an perniagaan jelas melakukan kesalahan.

Perketat pengeluara­n permit

Katanya, ada warga Bangladesh dikesan bebas menjalanka­n perniagaan seperti mengambil upah memotong rumput, membuka premis perniagaan seperti kedai runcit dan mengusahak­an kilang pencetakan.

“Kita amat khuatir bila mereka dibiarkan bebas berniaga seperti menyewakan rumah penginapan satu hari nanti ramai belia dan rakyat tempatan tidak dapat bekerja kerana sektor itu sudah dimonopoli warga asing,” katanya.

Justeru, beliau menggesa kementeria­n berkaitan memperketa­tkan pengeluara­n permit kerja kepada majikan, di samping meningkatk­an pemantauan dan penguatkua­saan.

Abdul Halim juga mencadangk­an Kementeria­n Sumber Manusia segera menguatkua­sakan nisbah 1:5, iaitu seorang pekerja asing kepada lima pekerja tempatan sebagai syarat baharu untuk majikan yang mahu menggajika­n warga asing dalam pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.

LHDN menyedari ada pengusaha homestay dan rumah penginapan masih belum mengisytih­arkan cukai pendapatan” Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia