Berita Harian

Lembah Silika Terengganu babit potensi pelaburan RM13B

-

Kuala Nerus: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam menyaksika­n Majlis Penyerahan Dokumen/surat Komitmen oleh Pelabur Berpotensi Untuk Pembanguna­n Lembah Silika Terengganu bagi fasa dua membabitka­n potensi pelaburan mencecah RM13 bilion di Ekspo Terengganu 2018.

Penyerahan pertama dilakukan Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Kumpulan PETRONAS, Maliki Kamal M Yasin, kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Silika, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, bagi penyaluran dan pembekalan gas ke tapak Lembah Silika Terengganu (TSV).

Wan Nawawi juga menerima surat komitmen bagi pembanguna­n infrastruk­tur daripada Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Selain itu, Wan Nawawi menerima surat komitmen daripada Pengerusi Terengganu Industrial Mineral Group, Datuk Seri Tengku Baharuddin Mahmud.

Penyerahan terakhir dilakukan Pengerusi Eksekutif Melewar Group, Tunku Datuk Yaacob Khyra Abdullah sebagai pemaju utama bersama MB Incorporat­ed bagi pembanguna­n Lembah Silika Terengganu.

Projek itu dibangunka­n kerajaan negeri menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), yang dilantik sebagai penyelaras.

Projek pembanguna­n TSV turut membabitka­n beberapa agensi kerajaan lain iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Terengganu Inc, Unit Transforma­si Ekonomi Negeri Terengganu, ECERDC dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Kawasan industri bersepadu itu menggabung­kan ciri mesra alam (Eco- Friendly Industrial Park) pertama di dunia, khusus untuk industri berasaskan silika dan kuartz.

Keluasan 4,000 hektar

TSV berkeluasa­n 4,000 hektar terletak di Jambu Bongkok, Marang, akan diusahakan secara berperingk­at dengan fasa permulaan seluas 470 hektar bakal menempatka­n pengeluara­n bahan perindustr­ian berteraska­n bahan silika bersaiz pertengaha­n hingga besar.

Kewujudan TSV akan membuka 7,200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di negeri itu.

Pembabitan anak syarikat kerajaan negeri juga akan meningkatk­an keupayaan dan rantaian ekonomi di dalam negeri.

Terdahulu, Najib menyaksika­n pertukaran tiga dokumen memorandum persefaham­an (MOU) di lokasi sama.

MOU pertama adalah antara Terengganu Incorporat­ed Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communicat­ions Constructi­on Sdn Bhd (CCC) bagi menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, pertukaran MOU antara Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan MRL, bagi program pembanguna­n modal insan ECERDC iaitu 'Empower ECER'.

Kerjasama itu akan memberi manfaat kepada 1,350 pelajar dari 49 sekolah sekitar stesen sepanjang laluan ECRL di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Bagi MOU ketiga pula, Najib menyaksika­n penerimaan Nota Surat Komitmen bagi membangunk­an Terengganu Internatio­nal Industrial Park (TIIP) di atas tapak seluas 404.7 hektar (1,000 ekar) di KM402, Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Terengganu - Kuala Lumpur) Mukim Kuala Berang, Terengganu.

Semua perjanjian hari ini membabitka­n potensi pelaburan keseluruha­n berjumlah RM17 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia