Berita Harian

Pelaburan Saudi Aramco tingkatkan nilai ringgit

-

Alor Setar: Nilai ringgit dijangka meningkat melalui pelaburan oleh Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) berjumlah AS$7 bilion (RM31 bilion) dalam projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelaburan itu mampu menyumbang kepada pelaburan langsung asing (FDI) negara, sekali gus membantu meningkatk­an nilai ringgit.

Katanya, tiga hari lalu, beliau dimaklumka­n oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, bahawa urusan pelaburan Saudi Aramco selesai dimuktamad­kan.

Dapat suntikan dalam ekonomi

“Mulai 31 Mac nanti dana pelaburan itu akan masuk ke dalam akaun negara kita, bererti kita dapat suntikan dalam ekonomi Malaysia bertambah AS$7 bilion.

“Apabila pelaburan itu masuk dalam sistem kewangan, ia dikira sebagai FDI dan tentu ia menaikkan nilai ringgit,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan Ekspo Muafakat Kedah (EMK) 2018, di Stadium Darul Aman di sini, semalam.

Najib berkata, keyakinan dunia terhadap Malaysia di bawah pentadbira­n Barisan Nasional semakin meningkat apabila ada banyak syarikat utama di dunia dan rantau ini memilih negara ini sebagai pusat untuk dijadikan pejabat di rantau ASEAN.

Katanya, baru-baru ini syarikat SK Group dari Korea Selatan, memilih Malaysia sebagai tuan rumah untuk membuka Ibu Pejabat Serantau bagi ASEAN, Asia Barat dan India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia