Berita Harian

4 elemen pacu Kedah

PM jamin BN terus komited bantu kerajaan negeri

- Oleh NSTP Kedah news@nstp.com.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, melancarka­n Pelan Pembanguna­n Strategik Negeri Kedah 20192035 yang menyaksika­n pelaksanaa­n perancanga­n pembanguna­n dalam pelbagai aspek membabitka­n empat elemen utama.

Elemen terbabit ialah mempelbaga­ikan asas ekonomi negeri, melonjak pembanguna­n holistik berdaya mampan, meningkatk­an kesejahter­aan rakyat dan menyediaka­n Kedah dengan kekuatan jati diri membabitka­n modal insan serta tenaga muda selaku impetus utama.

Pelancaran dilakukan pada hari terakhir Ekspo Muafakat Kedah, di Stadium Darul Aman di sini, semalam yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dalam ucapannya, Najib turut mengumumka­n Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabang­sa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hab logistik utara Semenanjun­g

Beliau berkata, naik taraf terbabit berdasarka­n potensi besar pembanguna­n di Bukit Kayu Hitam yang akan dijadikan hab logistik utara Semenanjun­g, sekali gus menjadi penghubung dengan selatan Thailand, selain meningkatk­an keupayaan penerbanga­n haji dan umrah.

“Saya juga melihat Langkawi perlu dijadikan pintu masuk negara dengan adanya penerbanga­n terus, tetapi jika tiada jambatan udara (aerobridge), sudah pasti pesawat besar tidak boleh mendarat.

“Atas faktor itu, saya mengarahka­n Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) supaya dalam projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi, perlu ditambah jambatan udara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Kedah, Najib berkata, semua perancanga­n dan pembanguna­n dirancang akan terus dilakukan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mengulangi komitmen untuk melaksanak­an projek menaik taraf lima loji rawatan air dengan peruntukan RM1 bilion yang diluluskan sebelum ini, bagi menyelesai­kan masalah bekalan air terawat di Kedah.

“Kerajaan negeri BN yang didokong Kerajaan Pusat akan membina banyak projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik seluruh Kedah, malah akan melaksanak­an apa yang perlu, umpamanya jalan kampung, lampu jalan dan menaik taraf sekolah daif.

“Saya harap Kedah terus kekal di bawah BN, bukan saja kekal, tetapi tambah lagi (majoriti) dan saya yakin, insya-allah ia boleh jadi kenyataan.

“Kedah akan terus dapat sokongan kuat Kerajaan Persekutua­n kerana Kedah memerlukan sokongan memandangk­an hasil yang dikutip kerajaan negeri amat terbatas,” katanya.

Kedah akan terus dapat sokongan kuat Kerajaan Persekutua­n kerana Kedah memerlukan sokongan memandangk­an hasil yang dikutip kerajaan negeri amat terbatas” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Najib bersama kepemimpin­an BN memegang buku Pelan Pembanguna­n Negeri Kedah 2019-2035 pada majlis perasmian penutup Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Najib bersama kepemimpin­an BN memegang buku Pelan Pembanguna­n Negeri Kedah 2019-2035 pada majlis perasmian penutup Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia