Berita Harian

Pulau Pinang didesak perjelas jumlah rasuah

MCA dakwa kerajaan negeri cuba ‘cuci tangan’ skandal projek mega

-

Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak menjelaska­n jumlah sebenar rasuah membabitka­n projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Desakan itu dibuat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ia berikutan penahanan dua ahli perniagaan, masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk, yang didakwa menerima RM19 juta dan RM3 juta, daripada syarikat pembinaan utama dalam cubaan mempengaru­hi siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek berkenaan.

Ka Siong berkata, rakyat terkejut dengan laporan berita mengenai dua ahli perniagaan dibayar RM22 juta oleh syarikat pembinaan utama projek itu dalam usaha menutup siasatan sedang dijalankan SPRM ke atas projek terowong serta tiga lebuh raya di negeri itu.

Beliau juga mendakwa pembayaran wang tunai RM22 juta itu disahkan oleh syarikat terbabit.

“Dengan perkembang­an terbaru ini, Kerajaan Pulau Pinang tidak lagi boleh mengelak daripada menjawab pertanyaan saya berhubung projek mega terowong dasar laut sejak dua minggu lalu.

“Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang beberapa kali cuba mempertaha­nkan penganuger­ahan projek terowong itu, namun kenyataan mereka baru-baru ini seperti mereka cuba menjarakka­n diri dan cuci tangan’ daripada skandal ini.

Tindakan pengecut

“Ini adalah tindakan pengecut kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka wajar mengambil tanggungja­wab sepenuhnya dan mengakui skandal projek terowong dasar laut itu adalah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang, yang akan menjejaska­n berbilion duit rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, semalam.

Selasa lalu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta daripada syarikat pembinaan utama bagi menutup siasatan projek itu.

Cetus pelbagai kontrovers­i

Kelmarin, seorang Datuk ditahan kerana didakwa menerima RM3 juta daripada syarikat pembinaan utama projek berkenaan selepas dikatakan mampu menyelesai­kan siasatan dijalankan SPRM.

Projek mega terowong itu mencetuska­n pelbagai kontrovers­i termasuk kos kajian kebolehlak­sanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunaka­n tanah kerajaan negeri dan pelaksanaa­n dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial serta alam sekitar.

Ini adalah tindakan pengecut kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka wajar mengambil tanggungja­wab sepenuhnya dan mengakui skandal projek terowong dasar laut itu adalah yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang, yang akan menjejaska­n berbilion duit rakyat Pulau Pinang” Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Ahli perniagaan bergelar Datuk dibawa Pegawai SPRM bagi mendapatka­n perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Ahli perniagaan bergelar Datuk dibawa Pegawai SPRM bagi mendapatka­n perintah reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Khamis lalu.
Keratan akhbar BH Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia