Berita Harian

400 pelajar hargai hasil seni Teater Muzikal Olabola

Yayasan Hasanah buka peluang hayati keindahan karya seni

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Tak kenal maka tak cinta, begitulah persamaan antara manusia dan seni. Sekiranya tidak pernah berkeingin­an mengenal indahnya seni, pasti tidak akan timbul rasa cinta dan menghargai karya seni.

Justeru, menghargai setiap hasil kesenian itu, ia perlu dipupuk sejak usia kanak-kanak supaya nilai dalam karya seni tidak pupus ditelan zaman.

Peluang wajar diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar menikmati hasil seni tanpa mengira latar belakang.

Sehubungan itu, Yayasan Hasanah (Hasanah) menggalas tanggungja­wab membuka ruang kepada lebih 400 pelajar seluruh negara menghayati keindahan seni menerusi pementasan Teater Muzikal Olabola di Istana Budaya, Sabtu lalu.

Hasanah, yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), menerusi inisiatif Seni, Warisan dan Budaya menyediaka­n landasan kepada pelajar dari sekolah seni dan bukan seni untuk menonton pementasan itu bagi menyokong seni persembaha­n tempatan, sekali gus memberi pengalaman kebudayaan kreatif yang tidak akan dilupakan.

Aktiviti ini sebahagian daripada program Dana Seni Hasanah, yang diwujudkan untuk memberikan sokongan aktif kepada pelbagai program seni, warisan dan budaya di peringkat akar umbi di Malaysia.

Ini salah satu pendekatan yang diambil Hasanah bagi mendukung visi strategikn­ya untuk menghasilk­an impak transforma­tif untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi seni, warisan dan budaya yang unggul dengan memperkasa, menyokong dan mengembang­kan ekosistem seni, warisan dan budaya tanah air.

Ini selaras dengan matlamat penubuhan Hasanah sebagai yayasan berasaskan impak dengan lima bidang tumpuan iaitu pendidikan, pembanguna­n komuniti, alam sekitar, ilmu pengetahua­n serta seni, warisan dan budaya.

Pementasan bawa mesej

Naib Presiden Kanan dan Ketua Seni, Warisan dan Budaya Hasanah, Zainariah Johari, berkata Teater Muzikal Olabola bukan sekadar pementasan biasa kerana mesej dibawa mempunyai maksud tersurat mahupun tersirat.

“Keindahan teater Olabola bukan hanya dari lakonan mantap barisan pelakonnya tetapi dalam pementasan itu, perkara utama ditonjolka­n adalah berhubung keindahan dalam kepelbagai­an dan kekuatan menerusi perpaduan, selaras dengan nilai kami di Hasanah.

“Kami percaya, seni mampu mencetuska­n perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Ia juga memberi peluang generasi muda menyaksika­n persembaha­n mengagumka­n.

“Mereka bukan saja mendapat inspirasi melalui persembaha­n pelakon dan props pentas hebat tetapi dapat mengenal sejarah dan wira sukan negara khususnya dalam bola sepak,” katanya ketika ditemui sebelum pementasan.

Teater Muzikal Olabola adalah adaptasi dari filem Olabola mengisahka­n perjuangan penuh getir skuad bola sepak kebangsaan untuk mara ke pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1980.

Berlatarka­n pelbagai budaya, kaum dan zaman, kisah ini menceritak­an bagaimana lagenda bola sepak tanah air tabah berdepan pahit getir sepanjang memikul tanggungja­wab bagi memenuhi impian negara untuk mencipta nama di mata dunia, selain harapan rakyat Malaysia yang tidak pernah gagal memberi sokongan hebat pada waktu itu.

Cerita penuh inspirasi

Zainariah menyifatka­n pementasan itu juga usaha dalam meningkatk­an kesedaran dan penghargaa­n seni, warisan serta budaya di mana penonton berpeluang melihat secara langsung mutu lakonan, taraf seni persembaha­n dan industri kreatif tempatan yang boleh dibanggaka­n.

“Secara keseluruha­n, teater ini menonjolka­n set produksi pentas inovatif yang meningkatk­an mutu dan taraf seni persembaha­n tempatan menerusi jalan cerita penuh inspirasi, perhiasan pentas mengagumka­n dengan barisan pelakon berbakat,” katanya.

Katanya, pelajar mengikuti pementasan teater itu bukan sekadar pergi menonton tetapi turut diselitkan dengan sesi ceramah motivasi daripada pelakon dan kru Teater Muzikal Olabola.

“Pelajar juga dapat mendengar secara langsung pengalaman dalam produksi seperti pengurusan pentas, belakang tabir dan nasihat peribadi berhubung kepentinga­n dedikasi, kecekalan, kerjasama berpasukan yang ditonjolka­n dalam persembaha­n itu,” katanya.

Tajamkan kemahiran berfikir

Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, Norzirah Ismail, berkata pendedahan kepada bidang seni dan budaya sangat penting bagi membantu pembentuka­n perspektif individu serta menajamkan kemahiran berfikir secara kreatif.

“Kami amat menghargai peluang diberikan kepada pelajar kerana melaluinya dapat mewujudkan rasa cinta kepada negara dan mencetus semangat mereka menerusi inspirasi daripada pelakon dan lagenda bola sepak tanah air,” katanya.

Pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor, A Jagand, 17, berkata perjalanan hampir empat jam dari Johor untuk menghadiri persembaha­n berkenaan berbaloi kerana pementasan amat mengagumka­n.

“Kisah dipaparkan menyemarak­kan semangat saya sebagai pelajar seni. Saya berharap dapat merealisas­ikan impian untuk menjadi penggiat seni dan menyumbang kepada bidang seni persembaha­n tempatan,” katanya.

Bagi Izzliyana Mohd Roshi, 12, dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 11, Kota Damansara, peluang diberikan pihak sekolah menjadi satu pengalaman indah kerana bukan saja seronok dapat mengisi hari minggu tetapi juga kali pertama menonton pementasan teater.

“Walaupun bukan dari sekolah seni dan tidak menyertai sebarang kelab seni, saya minat dengan teater. Akhirnya saya dapat merasai bagaimana realiti dalam pementasan Olabola seperti lakonan pelakon secara langsung, pergerakan pentas, kostum dan props,” katanya.

Teater muzikal Olabola dibintangi Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi. Pelajar juga berpeluang beramah mesra dengan barisan pelakon Ola Bola selepas pementasan.

Teater ini dipentaska­n di Panggung Sari, Istana Budaya sejak 8 Februari lalu dan akan berakhir 11 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Zainariah bersama pelajar dan guru dari Sekolah Seni Malaysia Johor dan Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi yang mengikuti pementasan Teater Muzikal Olabola.
Zainariah bersama pelajar dan guru dari Sekolah Seni Malaysia Johor dan Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi yang mengikuti pementasan Teater Muzikal Olabola.
 ??  ?? Pelajar diberi ceramah motivasi oleh pelakon dan kru Teater Muzikal Olabola sebelum persembaha­n.
Pelajar diberi ceramah motivasi oleh pelakon dan kru Teater Muzikal Olabola sebelum persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia