Berita Harian

KWSP patut saman Sarawak Report

Bawa ke mahkamah pihak cemar nama baik, bukan sekadar keluar kenyataan media

- Oleh Syuhada Choo Abdullah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) harus menyaman Sarawak Report di London, United Kingdom kerana memfitnah dan mencederak­an reputasi serta imejnya sebagai kumpulan berintegri­ti dan memiliki nama baik.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutua­n, Datuk Mohd Razlan Rafii, berkata portal berita dalam talian itu baru-baru ini mengeluark­an satu artikel fitnah mendakwa KWSP berurusan dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings dan individu dikenali sebagai Mr Matrai, untuk merompak wang rakyat Malaysia.

Katanya, secara peribadi, beliau berpendapa­t tindakan KWSP menafi keras laporan itu dengan mengeluark­an kenyataan media saja, adalah tidak mencukupi.

Beri segala bukti

Beliau berkata, tindakan mahkamah diambil akan sama dengan langkah Presiden PAS menyaman Sarawak Report ekoran artikel fitnah pernah dikeluarka­n kononnya parti itu menerima sumbangan RM90 juta daripada UMNO.

Mohd Razlan berkata, apabila kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah, ternyata Sarawak Report tiada bukti untuk menyokong tuduhan mereka itu.

“Dalam kes KWSP, saya yakin perkara sama akan berlaku. Jika KWSP menyaman, Sarawak Report akan terpaksa memberi mahkamah segala bukti yang mereka (Sarawak Report) ada untuk mempertaha­nkan diri.

“Ini sekali gus akan mendedahka­n segala cerita mengenai KWSP dikeluarka­n Sarawak Report adalah rekaan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Cemar nama baik

Mohd Razlan berkata, sudah tiba masanya badan kerajaan mahupun agensi mengambil tindakan undangunda­ng terhadap pihak mengeluark­an kenyataan fitnah sehingga mencemar nama baik kerajaan dan kepemimpin­an negara.

“Terbukti sikap berdiam diri dan hanya mengeluark­an kenyataan media menafikan tuduhan fitnah pihak tidak bertanggun­gjawab seperti Sarawak Report, sudah kurang efektif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia