Berita Harian

LHDN kesan pengusaha tak bayar cukai perniagaan

-

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggiatka­n usaha mengesan pemilik rumah penginapan atau homestay termasuk yang diuruskan warga asing yang mengelak membayar cukai pendapatan perniagaan sehingga menyebabka­n kerugian kepada negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Sabin Samitah, berkata Kunjungan Mesra Hasil (KMH) akan terus dipergiatk­an ke rumah penginapan dan homestay, selain bekerjasam­a dengan agensi lain serta orang ramai untuk mendapatka­n maklumat.

“LHDN menyedari ada pengusaha homestay dan rumah penginapan masih belum mengisytih­arkan cukai pendapatan. Kita minta mereka supaya melunaskan tanggungja­wab terbabit,” katanya kepada BH di sini.

Disyaki tak daftar perniagaan

Semalam, BH Bongkar melaporkan warga Bangladesh yang sebelum ini lebih ramai bekerja atau ‘mengusahak­an perniagaan’ dalam sektor perkhidmat­an seperti restoran atau cuci kenderaan, dilihat menceburi pula bisnes rumah penginapan atau homestay mewah, terutama di bandar besar.

Apa yang mencurigak­an, mereka disyaki tidak mendaftark­an perniagaan itu dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan atau membayar warga tempatan untuk menjadi ‘proksi’ syarikat yang didaftarka­n dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Walaupun mendaftar dengan SSM, mereka mudah memanipula­si pendapatan hasil perniagaan berkenaan kerana berurusan secara tunai dan bakal penyewa tidak perlu membuat pembayaran pendahulua­n secara dalam talian.

Tinjauan BH di sekitar ibu negara mendapati warga asing terbabit disyaki mengurus puluhan unit kediaman seperti suite, pangsapuri dan kondominiu­m, dipercayai menjana keuntungan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit, namun tidak membayar cukai pendapatan perniagaan kepada LHDN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia