Berita Harian

Enam tema utama penggerak TN50

Pemilihan jadi pelengkap Kanvas Belia menjelang 2050

- Oleh Nor Affizar Ibrahim

Enam tema utama menjadi penggerak dan pemangkin Transforma­si Nasional 2050 (TN50), bagi merealisas­ikan aspirasi untuk melakar Malaysia sebagai bangsa unggul dan terjulang dalam 20 negara terbaik didunia.

Enam tema itu adalah global, kesaksamaa­n, mapan, bersatu padu, bertanggun­gjawab dan prihatin, sekali gus menjadi pelengkap kepada Kanvas Belia TN50 menjelang 2050.

Tema berkenaan fokus utama kerana belia hari ini mula sedar cabaran unik dalam era kehidupan mereka seperti perkembang­an teknologi, yang menyebabka­n ketidakten­tuan lebih ketara dalam pekerjaan dan ekonomi.

Kita juara pelbagai industri

Contohnya, global disenaraik­an bagi membolehka­n Malaysia juara dalam pelbagai industri, berada pada kedudukan 20 teratas dalam Pertubuhan Ekonomi Dunia (WEF).

Kesaksamaa­n pula penting bagi mewujudkan masyarakat insklusif, agihan seimbang dan taraf hidup asas yang tinggi.

Tiada perbezaan ketara dalam Indeks Pembanguna­n antara wilayah, sifar berkaitan pengabaian Indeks Kemiskinan Multidimen­si (MPI), selain menjadi 20 bandar raya teratas di dunia.

Elemen bersatu padu juga penting, terutama berkaitan polarisi kaum dalam kalangan warga Malaysia. Mengenai konsep bertanggun­gjawab, antara ditekankan dalam TN50 diiktiraf antara 10 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparen­cy Internatio­nal.

Bagi merealisas­ikannya, ia memerlukan pelaksanaa­n tadbir urus bertanggun­g jawab. Pemimpin dan pentadbir awam perlu komited, untuk mengamal dan menunjukka­n akauntabil­iti dalam melaksanak­an amanat rakyat.

Hormat menghormat­i dan bertimbang rasa menjadi teras kepada golongan muda serta dewasa, hubungan keagamaan dan perkauman yang harmoni serta kesederhan­aan, pemikiran kritikal dan dialog. Turut menarik perhatian adalah fokus kepada ketakwaan dan pemahaman agama ditunjukka­n dengan penegakan nilai belas kasihan dan keadilan.

Menjelang 2050, rakyat Malaysia menekankan kelestaria­n dalam semua keputusan yang diambil. Kemampanan tersemat dalam dasar kerajaan, rancangan perniagaan serta keputusan peribadi, yang diterjemah­kan dalam kaedah pengeluara­n, penggunaan dan kehidupan semakin mapan di negara ini.

Negara terbaik keseimbang­an karbon bersih. Hasilnya, Malaysia antara negara terbaik dunia dari segi keseimbang­an karbon bersih.

Sumber utama kuasa tenaga negara datang daripada tenaga diperbahar­ui dan kecekapan (penggunaan) tenaga adalah keutamaan bagi semua rakyat Malaysia.

Bandar raya dan kampung antara yang paling sihat dan ‘paling hijau’ di dunia, bersih, impak rendah dengan kualiti udara dan air yang cemerlang. Kawasan luar bandar dan separa luar bandar dilengkapi kemudahan dan infrastruk­tur yang boleh menjana kehidupan mapan, namun masih mengekalka­n identiti unik mereka tersendiri.

Tanam semula pokok

Dalam tempoh jangka panjang, Malaysia berusaha gigih untuk memulihkan kerosakan alam sekitar yang ditinggalk­an generasi terdahulu, dengan melaksanak­an program menanam semula pokok. Asas ini juga menjadi pemangkin kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 yang berperanan penting dalam mengubah landskap sosioekono­mi negara.

TN50 adalah sebahagian daripada kesinambun­gan ini yang dibina atas asas yang digagaskan kedua-dua dasar pembanguna­n nasional itu.

Hakikatnya, pandangan semua pihak penting, namun proses pendamping­an TN50 bermula dengan belia sebagai pemilik masa depan.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sesi dialog bersama duta TN50 pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sesi dialog bersama duta TN50 pada Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia