Berita Harian

MPOB bantu pekebun tangani ulat bungkus

-

Teluk Intan: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi sedang berusaha menerangka­n kepada 350,000 pekebun kecil sawit mengenai serangan ulat bungkus yang merosakkan tanaman sawit.

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diberi tanggungja­wab menemui pengusaha untuk menerangka­n kaedah menangani serangan ulat berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini kawasan ladang sawit seluas 33,000 hektar dilaporkan diserang ulat bungkus sejak tahun lalu.

“Kesan serangan ulat ini sangat membimbang­kan kerana ia mengakibat­kan kemerosota­n hasil buah pokok yang diserang sehingga 50 peratus dengan nilai kerugian dianggarka­n RM120 juta setahun.

Sedia peruntukan RM12.4J

“Kerajaan pada Oktober tahun lalu sudah menyediaka­n peruntukan RM12.4 juta melaksanak­an kawalan ulat bungkus secara bersepadu di kawasan tanaman sawit milik pekebun kecil,” katanya pada sidang media selepas Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil Daerah Hilir Perak di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, yang juga Ahli Lembaga Pengarah MPOB Hilir Perak.

Kata Siew Keong, antara langkah kawalan ulat bungkus yang diambil ialah melaksanak­an semburan racun secara percuma dengan menggunaka­n traktor dan pesawat penyembur.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berkata sehingga Januari lalu kawasan tanaman sawit di Perak dan Johor seluas 1,400 hektar yang diserang ulat bungkus sudah disembur racun.

“Johor negeri paling teruk diserang ulat ini membabitka­n kawasan tanaman sawit seluas 19,600 hektar diikuti Perak seluas 6,200 hektar,” katanya.

 ??  ?? Ulat bungkus menyebabka­n hasil pekebun sawit terjejas.
Ulat bungkus menyebabka­n hasil pekebun sawit terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia