Berita Harian

Neelofa dan pak cik bawang

-

Kenduri kahwin dahulu kala ketika zaman sebelum wujud dewan serbaguna, ‘ballroom’ hotel lima bintang serta katering dan tema perkahwina­n, majlis kahwin yang diadakan di kampung biasanya dianjurkan dalam bentuk gotong-royong. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, budaya gotong-royong bagi mempersiap­kan sesuatu majlis yang biasanya majlis perkahwina­n dipanggil rewang. Kegiatan rewang ialah apabila seluruh kampung, jiran tetangga, rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara datang membantu untuk menyediaka­n masakan, juadah serta persiapan kenduri kahwin bagi membantu keluarga mempelai.

Antara aktiviti yang seringkali menjadi tumpuan dalam rewang ini adalah operasi memotong dan mengupas bawang, bukan sahaja kerana bawang itu ramuan penting dalam masakan Melayu dan ia memerlukan kemahiran dan kecekapan, aktiviti yang selalunya dikendalik­an oleh gerombolan sukarelawa­n wanita atau lebih dikenali sebagai mak cik ini memberikan masa untuk pemotong bawang sama-sama berborak dan bertukar pendapat. Khabar berita hangat terkini di kampung yang disulami gosip, umpatan dan sekali-sekala diselitkan juga sedikit cercaan seringkali dikongsi dalam aktiviti memotong bawang rewangan, maka hasil daripada perilaku sosial masyarakat Melayu ini timbullah kata simpulan ‘mak cik bawang’, satu nama samaran yang diberikan kepada seseorang wanita yang suka mengumpat dan mengutuk. Memang menjadi stereoptai­p di kalangan masyarakat Melayu bahawa golongan wanita ini dikatakan gemar umpatan, khabar angin dan gosip, diperkukuh­kan lagi dengan melalui bacaan majalah URTV, blog sensasi selebriti dan apa-apa media yang berkaitan sewaktu dengannya rata-rata dikunjungi, digemari dan dihadam oleh wanita. Tidak mengejutka­n sesiapa apabila timbul satu kontrovers­i hangat barubaru ini, sewaktu orang ramai sedang berdebar menyaksika­n majlis perkahwina­n #fattzura, tingkah laku selebriti sensasi tanah air Neelofa pula yang mencuri tumpuan. Neelofa yang menganjurk­an majlis pelancaran tudung baharunya di sebuah kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur dikatakan kurang peka akan penjenamaa­n tudungnya, agak janggal untuk tudung diperkenal­kan dalam sebuah kelab malam yang mempunyai reputasi yang tidak sinonim dengan pemakaian hijab. Hasilnya muncullah golongan mak cik bawang yang datang berduyun-duyun di internet, berkongsi pendapat mereka melalui twitter, instagram hinggalah ke paparan Facebook.

Pelbagai bentuk pandangan

Pelbagai bentuk pandangan, komentar dan tidak kurang juga cerita konspirasi yang timbul akibat tindakan Neelofa ini. Sememangny­a ia tidaklah mengejutka­n, apabila seseorang itu diklasifik­asikan sebagai seorang selebriti sudah pasti gerak-geri mereka akan diperhatik­an oleh masyarakat. Saya bukanlah hendak memberi komen terhadap Neelofa mahupun membuat komentar akan tindak balas dan kritikan netizen. Apa yang menarik minat saya ialah kemunculan satu kumpulan baharu selain dari mak cik bawang, yang tidak kurang pedasnya dalam nista dan cercaan mereka serta cukup meriah disulami perasaan kemuliaan dalam darjat yang tinggi apabila mengkritik yang kadang-kadang melebihi dari golongan mak cik bawang. Golongan yang saya maksudkan ini adalah kemunculan kumpulan ‘pak cik bawang’.

Mungkin kerana penggunaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia