Berita Harian

Penstruktu­ran Air Selangor

-

September 2009 Rundingan penstruktu­ran air Selangor antara kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Kerajaan negeri mencadangk­an anak syarikat milik penuhnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mengambil alih aset dan hak konsesi ketigatiga syarikat yang membekalka­n air kepada pengguna di Selangor.

Julai 2010 Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) menjangkak­an pengguna di Lembah Klang berdepan krisis bekalan air kerana kerajaan Selangor enggan bekerjasam­a untuk pembinaan loji rawatan air Langat Dua.

Ogos 2010 Kerajaan Selangor memberi persetujua­n loji rawatan air Langat Dua dibangunka­n.

Februari 2011 Kerajaan Selangor memohon Kerajaan Persekutua­n tarik balik konsesi kepada SYABAS kerana didakwa tidak patuhi perjanjian konsesi.

Julai 2011 Kerajaan Selangor memutuskan untuk campur tangan dalam pengurusan SYABAS yang didakwa gagal menyediaka­n perkhidmat­an bekalan air kepada pengguna.

Jun 2013 SYABAS menjangka bekalan air untuk enam juta pengguna di Lembah Klang akan terjejas kerana simpanan air menyusut di 34 loji rawatan. Februari 2014 Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutua­n menandatan­gani perjanjian persefaham­an untuk menstruktu­r semula industri bekalan air selepas lima tahun tertangguh. Catuan bekalan air menjejaska­n 6.7 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

April 2014 KETTHA umum pembinaan loji rawatan air Langat Dua bermula dan dijangka siap pada 2017.

September 2014 Perjanjian Utama Penstruktu­ran Air Selangor dimeterai antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutua­n dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

April 2015 Kerajaan Selangor diberi kata dua, selesaikan penstruktu­ran semula bekalan air di negeri itu dalam tempoh sehingga 30 April 2015 atau dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006.

September 2015 Empat perjanjian air antara Kerajaan Persekutua­n dan Selangor membabitka­n Perjanjian Kemudahan, Perjanjian Pajakan, Perjanjian Hak Untuk Guna dan Perjanjian Penyelesai­an, dimuktamad­kan.

September 2015 Perjanjian Utama penstruktu­ran antara PAAB dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Shah Alam dikuatkuas­akan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia