Berita Harian

Penduduk merana krisis air tiada noktah

Masalah berterusan perjanjian penstruktu­ran semula tidak disegeraka­n

- Oleh Nasharuddi­n Muhammad dan Azura Abas

Penduduk Lembah Klang akan terus berdepan krisis bekalan air termasuk terputus bekalan akibat kerosakan infrastruk­tur seperti paip pecah atau Loji Rawatan Air (LRA) tidak dapat membekalka­n kapasiti air mencukupi.

Ini akan terus berlaku selagi kerajaan negeri tidak menyelesai­kan segera perjanjian penstruktu­ran semula industri penting itu yang masih tertangguh.

Kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melengkapk­an baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutua­n bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaska­n pembanguna­n baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.

Margin simpanan air rendah

Ketika ini, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor begitu rendah iaitu sekitar empat peratus berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.

Ini menyebabka­n kes gangguan bekalan sering berlaku hingga memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Sumber berkata, risiko margin simpanan bekalan air yang rendah menyebabka­n lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus berbanding dengan margin simpanan yang besar iaitu sekurang-kurangnya 15 peratus, ia tidak memberi kesan kepada penduduk.

“Masalah paip pecah memang biasa, tetapi kalau margin besar, ia tidak menyusahka­n tetapi mengapa di Selangor, jika berlaku sahaja paip pecah, terus tidak ada air, sebabnya kerana margin simpanan tiada atau terlalu kecil,” katanya.

Berdasarka­n laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, kapasiti pengeluara­n di Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negara pada 2016 menunjukka­n Pulau Pinang mempunyai kadar margin simpanan bekalan air terawat paling besar iaitu 34.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutua­n Labuan (29.2 peratus), Perak (28.7), Terengganu (27.2), Negeri Sembilan (22.1), Pahang (21.4), Sarawak (20.7), Melaka (20.1) dan Johor (16.4) manakala purata margin simpanan bekalan air negara pula 13.2 peratus.

Pembanguna­n negeri terjejas

Selain itu, kesan paling ketara jika gangguan bekalan air terus berlaku adalah pembanguna­n negeri akan terjejas.

Sebagai contoh, sepanjang 2016 hingga Januari 2018, sebanyak 761 permohonan pembanguna­n hartanah baharu di Selangor terpaksa ditangguhk­an apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat memberikan jaminan bekalan air yang mencukupi.

Menurut sumber, walaupun Kerajaan Persekutua­n menyalurka­n pelaburan begitu besar untuk proses penstruktu­ran industri air di Selangor, tindakan kerajaan negeri melewat-lewatkan untuk melengkapk­an perjanjian, pelbagai inisiatif menaik taraf infrastruk­tur secara berterusan seperti penukaran paip dan tangki air tidak dapat dilaksanak­an.

Untuk rekod, pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutua­n bernilai lebih RM14 bilion kepada kerajaan Selangor bertujuan membantu kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatk­an kerajaan negeri.

Beliau berkata, antara projek paling terkesan ialah LRA Langat 2 bernilai RM3.7 bilion sepatutnya siap pada 2017 tetapi perubahan dasar kerajaan negeri sejak 2008 menyebabka­n projek itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

“Fasa A, LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliah­an dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

“Jumlah ini sangat besar, bekalan air mula masuk dalam sistem dan air ini percuma dan bila sudah masuk, tidak akan berlaku krisis air di Selangor. Pada 2 April nanti, air akan masuk sepenuhnya dengan kapasiti dua kali ganda atau 1,130 juta liter sehari.

“LRA Langat 2 ini adalah isu besar bagi kita dan hendak atau tidak, April nanti, air akan masuk percuma dalam sistem kerana pada bulan itu ujian penuh akan dijalankan. Kalau tidak berlaku masalah penguranga­n air pada bulan itu, maknanya ia bukanlah disebabkan faktor lain tapi air tambahan dari LRA Langat 2.

“Walaupun kerajaan Selangor mendapat bekalan air tambahan percuma ini, Kerajaan Persekutua­n tetap perlu mengeluark­an perbelanja­an tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang disebabkan kegagalan kerajaan Selangor melengkapk­an perjanjian berhubung dengan keseluruha­n proses penstruktu­ran semula itu,” katanya.

Beliau berkata, Selangor perlu menjadi kerajaan bertanggun­gjawab dalam mematuhi perjanjian, hak rakyat Selangor untuk mendapatka­n bekalan air bersih tidak boleh dinafikan.

 ??  ??
 ??  ?? Masalah bekalan air terputus menjejaska­n kehidupan rakyat.
Masalah bekalan air terputus menjejaska­n kehidupan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia