Berita Harian

Akhbar kumpulan NSTP bolot tiga anugerah PKNS

Majlis dianjur hargai pengamal media bantu syarikat perkukuh jenama

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Akhbar kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menang besar, apabila membolot tiga anugerah utama pada Malam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bersama Media, kelmarin.

Wartawan NSTP, Firdaus Hashim menerima Anugerah Berita Sukan Terbaik, manakala jurufoto NSTP, Rosela Ismail dan wartawan sambilan NSTP Biro Shah Alam, Ayusliza Azizan, masing-masing memenangi Anugerah Gambar Terbaik dan Berita Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Terbaik.

Dua wartawan sambilan NSTP Biro Shah Alam, Siti Nor Amirah Abu Bakar dan Amrullah Abdul Karim, turut memenangi tempat kedua dan ketiga kategori Anugerah Berita Korporat Terbaik dan Anugerah Gambar Terbaik.

Bawa pulang trofi

Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai. Hadiah disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Noraida Mohd Yusof.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengarang Eksekutif Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein dan Ahli Majlis Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Mustapa Omar.

Sementara itu, Noraida berkata, Malam PKNS Bersama Media dianjurkan bagi memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada pengamal media yang membantu PKNS mengukuhka­n jenama dan reputasi syarikat.

Katanya, penganjura­n kali kedua itu juga dibuat bagi mengukuhka­n lagi kerjasama antara PKNS dan agensi media.

“PKNS amat menghargai sumbangan rakan media dengan penulisan bernilai tinggi dan penyampaia­n berita yang sahih. Ia menjadi medium penghubung antara organisasi ini dan masyarakat.

“PKNS menzahirka­n penghargaa­n yang tidak terhingga kepada media yang sudah bersama-sama membantu mengukuhka­n jenama organisasi ini sepanjang 54 tahun penubuhann­ya. Diharapkan sinergi ini dapat dikekalkan pada masa depan,” katanya.

Majlis yang dikendalik­an pengacara Fiza Frizzy itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian Irfan Haris dan Lan Solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia