Berita Harian

Pelan kumpul semula bangkai pesawat dalam fasa akhir

Usaha diterajui Malaysia, dibantu pakar Australia

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Esther Landau

Pelan mengumpulk­an semula bangkai pesawat MH370 yang dalam fasa akhir penyediaan, dijangka dimuktamad­kan pertengaha­n bulan ini.

Pengerusi Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, berkata usaha merangka pelan itu diterajui Malaysia dan dibantu tenaga pakar dari Australia.

Katanya, ia merangkumi persiapan teknikal dan peralatan berkaitan bagi membawa naik bangkai pesawat MH370 yang mungkin berada pada kedalaman menjangkau 6,000 meter di dasar selatan Lautan Hindi.

Kerjasama pelbagai agensi

“Pelan ini pada asalnya dipersetuj­ui pada 2014 apabila kita mengendali­kan pencarian di kawasan seluas 160,000 kilometer persegi yang ketika itu diterajui Australia.

“Sekarang pencarian diterajui Malaysia, justeru kita perlu mempertimb­angkan usaha merangka pelan untuk mengumpul semula serpihan pesawat dan kotak hitam menerusi kerjasama pelbagai agensi serta tenaga pakar tempatan.

“Tujuan pelan ini supaya gerak kerja selanjutny­a berupaya dilaksanak­an sekiranya kapal pencarian dasar laut, Seabed Constructo­r, milik Ocean Infinity Limited menemui pesawat MH370,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Memperinga­ti Pesawat MH370 tahun keempat yang membawa 239 penumpang dan dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar.

Azharuddin berkata, Seabed Constructo­r yang dilengkapi lapan kapal selam tanpa pemandu (AUV) berkemampu­an mengendali­kan pencarian dalam tempoh kitaran 26 hari.

Sehubungan itu, katanya, tempoh 90 hari diperuntuk­kan dalam terma kontrak pencarian MH370 ditandatan­gani Malaysia dengan Ocean Infinity Limited, tidak termasuk perjalanan kembali ke dermaga bagi urusan penyelengg­araan kapal dan pengisian semula keperluan asas.

“Kita jangkakan pencarian MH370 dikendalik­an Ocean Infinity selesai sekitar pertengaha­n Jun atau Julai tahun ini, membabitka­n kawasan seluas 25,000 kilometer persegi.

“Oleh itu, masih terlalu awal untuk kita mengulas kemungkina­n usaha mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kali ini berakhir dengan kegagalan.

“Apa sekalipun, waris mangsa akan diutamakan dan kita memaklumka­n perkembang­an semasa mengenai usaha pencarian.

“Malah, kita menerbitka­n laporan mingguan setiap Selasa berdasarka­n maklumat dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai misi dengan kapal Seabed Constructo­r,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia