Berita Harian

‘Ekspo dwitahunan jika BN terus diberi mandat’

Dihadiri 500,000 pengunjung, program edisi kedua ditambah nilai babit lebih banyak penyertaan

- Oleh Wartawan NSTP

Ekspo Muafakat Kedah akan diadakan secara dwitahunan jika Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat mentadbir kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ekspo itu perlu diteruskan susulan kejayaanny­a menarik kunjungan lebih 500,000 pelawat, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan.

Mengulas lanjut beliau berkata, di bawah pentadbira­n BN, edisi kedua ekspo itu dijadual akan diadakan pada Februari 2020, dengan suntikan nilai tambah membabitka­n penyertaan lebih banyak agensi dari dalam dan luar negara.

Usaha teruskan kejayaan

“Atas pencapaian dan kejayaan ini, sukalah saya mengumumka­n bahawa Ekspo Muafakat Kedah akan diadakan dua tahun sekali dengan syarat kerajaan sedia ada iaitu BN diberi mandat baharu yang lebih kukuh supaya lebih banyak usaha meneruskan kejayaan dapat dizahirkan.

“Justeru, jika mandat kukuh kita perolehi, maka Ekspo Muafakat Kedah di era 2020 akan ditambah nilai dengan dua pakej kluster iringan.

“Ia akan membabitka­n penyertaan semua kementeria­n yang ada, selain pembabitan negara jiran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup EMK 2018 di Stadium Darul Aman, di sini.

Majlis penutup ekspo yang berlangsun­g selama lapan hari itu disempurna­kan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ekspo Muafakat Kedah 2018, yang berlangsun­g sejak 24 Februari lalu, dengan menampilka­n 20 kluster dan 199 agensi kerajaan serta swasta, melabuhkan tirainya semalam.

Antara kluster ditampilka­n adalah Suara Hati, Pameran Diraja, Barakah Kedah, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Digital Kedah, Agro Kedah dan Petting Zoo.

Ahmad Bashah berkata, Ekspo Muafakat Kedah mencapai objektif penganjura­nnya apabila berjaya mendekatka­n kerajaan dengan rakyat negeri itu.

Beliau berkata, melalui program Kluster Suara Hati Kedah, kerajaan Menteri Besar Kedah negeri menerima pelbagai maklum balas dan pandangan rakyat.

Penuhi aspirasi penduduk

“Ia membolehka­n kerajaan memperbaik­i dan memperkasa­kan apa juga bidang di negeri ini demi memenuhi aspirasi penduduk Kedah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk ekspo, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail, berkata ekspo berkenaan membawa makna sebenar ‘Muafakat’ membabitka­n semua agensi kerajaan dan rakyat negeri itu.

“Ekspo ini menjadi platform terbaik bagi rakyat untuk menilai dan memahami perancanga­n serta pelaksanaa­n sesuatu perkara oleh kerajaan,” katanya.

Sambil menyatakan penghargaa­n kepada kakitangan awam yang bertungkus-lumus menjayakan ekspo itu, Ku Abdul Rahman berkata, ekspo terbabit juga bakal menjadi penanda aras dalam sebarang program pada masa depan.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Pengunjung memeriahka­n acara yang dianjurkan sempena hari terkahir Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Pengunjung memeriahka­n acara yang dianjurkan sempena hari terkahir Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia