Berita Harian

Objektif dekatkan kerajaan, rakyat tercapai

-

Alor Setar: Ekspo Muafakat Kedah mencapai objektif penganjura­nnya apabila berjaya mendekatka­n kerajaan dengan rakyat negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata melalui program Kluster Suara Hati Kedah, kerajaan negeri menerima pelbagai maklum balas dan pandangan daripada rakyat.

“Ia membolehka­n kerajaan memperbaik­i dan memperkasa­kan apa juga bidang di negeri ini demi memenuhi aspirasi penduduk Kedah,” katanya yang ditemui, pada hari terakhir ekspo, semalam.

Ekspo yang berlangsun­g selama lapan hari itu menampilka­n pencapaian kerajaan negeri serta perancanga­n untuk semua rakyat Kedah.

Ia menampilka­n 20 kluster merangkumi pelbagai sektor dengan penyertaan 199 jabatan dan agensi kerajaan. membabitka­n Kerajaan Pusat dan negeri serta sektor swasta.

Antara kluster yang ditampilka­n adalah Pameran Diraja, Barakah Kedah, Generasi Muda Pemimpin Negara, Kedah Harmoni, Digital Kedah, Agro Kedah dan Petting Zoo.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Induk ekspo, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail, berkata ekspo terbabit membawa makna sebenar ‘muafakat’ membabitka­n semua agensi kerajaan dan rakyat negeri itu.

Platform terbaik

“Ekspo ini menjadi platform terbaik bagi rakyat menilai perancanga­n dan pelaksanaa­n sesuatu perkara oleh kerajaan,” katanya.

Sambil menyatakan penghargaa­n kepada kakitangan awam yang bertungkus-lumus menjayakan ekspo itu, Ku Abdul Rahman berkata, ekspo terbabit juga bakal menjadi penanda aras dalam sebarang program pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia