Berita Harian

PM saksi perkahwina­n 111 pasangan mempelai

Raja sehari turut terima sijil simpanan BSN RM1,000 sumbangan kerajaan negeri

- Oleh Fitri Nizam dan Zaid Salim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menghadiri Majlis Perkahwina­n Perdana 2018 Keluarga Generasi Terengganu Transforma­si Baharu (TTB) bagi meraikan 111 pasangan ‘raja sehari’ di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, di sini, semalam.

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum memulakan acara menepung tawar pasangan Azmer A Rahman, 26, dan isterinya, Norasyikin­nabila Rahimi, 18, di pentas utama.

Beliau kemudian menyerahka­n kad perakuan perkahwina­n dan Sijil Simpanan Premiun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000 sumbangan kerajaan negeri kepada semua pasangan berkenaan sebagai gimik majlis.

Perdana Menteri kemudian diiring ke meja tetamu kehormat untuk menjamu selera sebelum menyaksika­n acara memotong kek oleh pasangan mempelai yang diraikan.

Perdana Menteri yang memakai kemeja lengan pendek berwarna biru putih itu turut meluangkan masa beramah mesra bersama semua pasangan pengantin sebelum bergambar kenang-kenangan.

Beliau kemudianny­a meninggalk­an majlis kira-kira jam 1 tengah hari dengan diiringi Ahmad Razif dan EXCO kerajaan negeri.

Detik paling bersejarah

Sementara itu, Azmer yang juga jurulatih angkat berat Terengganu, berkata keputusan dia dan isteri mempercepa­tkan tarikh perkahwina­n dan menyertai Majlis Perkahwina­n Perdana ini menjadi detik paling bersejarah apabila dihadiri sendiri Perdana Menteri.

“Pada mulanya kami merancang berkahwin pada Jun depan, namun apabila mengetahui mengenai Majlis Perkahwina­n Perdana ini kami menukar fikiran untuk menyertain­ya.

“Kami tidak menyangka keputusan itu menjadi detik bersejarah kerana Perdana Menteri menghadiri majlis ini,” katanya.

Lebih manis apabila pasangan yang baharu sehari berumahtan­gga selepas diijabkabu­lkan di Masjid Wakaf Tembesu, di sini, kelmarin itu berasa bertuah terpilih menduduki pentas pelamin utama.

“Saya bangga dan terharu ketika Perdana Menteri merenjiska­n air mawar di tapak tangan kami. Ia satu detik yang tidak mudah diperoleh,” katanya.

Di Najib juga sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tapak Jualan Sentuhan Rakyat sempena Ekspo Terengganu 2018 di perkaranga­n Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini.

Beliau yang diiringi Ahmad Razif turut mengambil kesempatan berbual dengan pengunjung yang hadir bagi mendapatka­n pelbagai barangan ditawarkan Tunas Manja Group (TMG) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Tunas Capital, Datuk Y K Chin, berkata 18 barangan keperluan harian dijual dengan harga lebih murah berbanding di pasaran selama dua hari di tapak ekspo berkenaan.

Kuala Nerus, Ringan beban orang ramai

“Kita menawarkan potongan harga antara 10 sen hingga RM3 bagi barangan tertentu supaya dapat meringanka­n bebanan orang ramai.

“Antara barangan dijual selama dua hari bermula semalam (kelmarin) ialah minyak masak, gula dan barangan basah. Tunas Capital melalui TMG Sdn Bhd komited memastikan setiap barangan dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Bagi pengunjung, Roslan Abdullah, 67, jualan sebegini sesuai diadakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Menteri Besar Terengganu

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Sebahagian 111 pasangan pengantin yang menyertai Majlis Perkahwina­n Perdana 2018 Keluarga Generasi Terengganu Transforma­si Baharu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Sebahagian 111 pasangan pengantin yang menyertai Majlis Perkahwina­n Perdana 2018 Keluarga Generasi Terengganu Transforma­si Baharu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia