Berita Harian

Air Terjun Batu Ular Tedung

Lata Serpik ekopelanco­ngan Tanjung Malim

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Azubir_yunus@bh.com.my

ir Terjun Lata Sepik terletak di penempatan Orang Asli kaum Semai berdekatan Kampung Pisang, Ulu Rasau, Behrang, Perak mungkin agak asing dan kurang menjadi pilihan dalam kalangan pelancong.

Tambahan pula, lokasinya yang terletak di pinggir hutan, kira-kira 25 kilometer (km) dari pekan Tanjung Malim, menyebabka­nnya kurang popular.

Pun begitu, destinasi ekopelanco­ngan Lata Serpik diteroka kaum Semai pada awal 90-an, namun mula menjadi perhatian pengunjung sekitar 2002. Taman rekreasi alam semula jadi ini mampu menarik kehadiran pelancong kira-kira 100 orang sehari terutama pada hujung minggu.

Kabus percikan air

Namun, bagi penduduk sekitar Tanjung Malim dan Slim River, Air

Terjun Lata Serpik adalah destinasi percutian yang dianggap masih ‘dara’ kerana belum tercemar dengan aktiviti pembanguna­n tanpa kawalan.

Destinasi ini menampilka­n pemandanga­n alam semula jadi memukau, menarik pengunjung khususnya bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan perkhemaha­n.

Lebih istimewa, lokasi ini menyajikan panorama menakjubka­n terutama pada awal pagi apabila kawasan persekitar­annya diselaputi kabus yang dihujani percikan air.

Selain kedinginan dan kejernihan airnya, destinasi perkelahan ini dianggap ‘syurga’ kerana keindahann­ya membuatkan perasaan lara, kembali ceria apabila mendengar deruan pusaran airnya.

 ??  ??
 ??  ?? Cendawan tumbuh liar tambah keindahan air terjun.
Cendawan tumbuh liar tambah keindahan air terjun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia