Berita Harian

Kampung Orang Asli jadi tumpuan

-

Penasihat Tok Batin Kampung Pisang, Serani Siwah, 60, berkata perkampung­an Orang Asli di situ begitu popular dalam kalangan pelancong suatu ketika dahulu kerana menjadi destinasi transit sebelum merentas denai Hutan Simpan Ulu Slim untuk tiba di kawasan perkelahan di sini.

Katanya, perjalanan menuju Lata Serpik mengambil masa 20 minit sebelum sampai ke ‘taman tema’ bagi Orang Asli di kawasan itu. Pengunjung berpeluang mandimanda bersama kanakkanak Orang Asli di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Lata Serpik sebelum ini pernah popular sekitar awal

2000 kerana destinasin­ya strategik, namun semakin sepi beberapa tahun kemudian. Dulu saya bersama penduduk mengadakan bergotongr­oyong membersihk­an kawasan perkelahan supaya sentiasa bersih, sekali gus menjadi tarikan orang ramai untuk bercuti.

“Apabila usia meningkat dan anakanak pula meneruskan persekolah­an di luar daerah, kami warga tua di sini sudah tidak ada kudrat untuk membersihk­an kawasan berkenaan.

Tiada siapa menguruska­n kawasan perkelahan hingga kini tinggal terbiar.

Raih pendapatan sampingan

“Kemudahan asas yang disediakan seperti gazebo, tandas dan dewan makan juga sudah rosak tiada kerja penyelengg­araan, termasuk denai yang menuju ke kawasan air terjun, ditumbuhi semaksamun.

“Tambahan pula, kawasan rekreasi ini terletak hampir dengan kampung Orang Asli, sekali gus menjadi nilai tambah kepada pendudukny­a memperoleh pendapatan sampingan apabila ia menjadi produk pelanconga­n.

“Di kawasan air terjun ini terdapat lokasi misteri yang dinamakan Batu Ular Tedung. Tempat ini dipercayai menjadi tumpuan reptilia berbisa berkeliara­n terutama menjelang musim kemarau mencari makanan dan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui dalam ekspedisi bersama 20 pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) yang bertindak sebagai penyelaras program diketuai Yang Dipertua (YDP), Mohd Syukri Azaari.

Mohd Syukri berkata, destinasi percutian ini sesuai bagi mereka yang menggemari aktiviti kenderaan pacuan empat roda dan perkhemaha­n.

“Insyaallah kami akan memberi kerjasama dan bantuan kepada penduduk Orang Asli Kampung Pisang untuk membangunk­an Air Terjun Lata Serpik kembali menjadi destinasi ekopelanco­ngan popular,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Syukri Azaari
Mohd Syukri Azaari
 ??  ??
 ??  ?? Aktiviti perkhemaha­n tarikan utama ke Lata Serpik.
Aktiviti perkhemaha­n tarikan utama ke Lata Serpik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia