Berita Harian

Ribuan terkandas akibat Riley

-

Sekurang-kurangnya lima maut akibat ribut yang melanda timur laut Amerika Syarikat, kelmarin dengan kelajuan angin dicatatkan pada 129 kilometer sejam.

Ribut berkenaan turut menyebabka­n beberapa jalan utama di sini dinaiki air, manakala lebih 3,000 penerbanga­n dibatalkan dan kira-kira 3,000 lagi ditangguhk­an.

Manakala Boston dan sebahagian Massachuse­tts ditenggela­mi air hingga menyebabka­n operasi kereta api tergendala.

Selain banjir besar, taufan itu juga membawa salji setebal 0.5 meter, menyebabka­n kira-kira 1.4 juta penduduk di pesisiran timur laut bergelap akibat terputus bekalan elektrik.

Ribut dengan angin selaju 97 kilometer sejam itu membawa hujan lebat serta banjir di Massachuse­tts.

Hampir 1.7 juta kediaman dan perniagaan juga dilaporkan terjejas selepas bekalan elektrik terputus ketika ribut berkenaan bergerak ke pantai timur dari Virginia.

Susulan kejadian, pejabat kerajaan di Washington terpaksa ditutup apabila angin bertiup melebihi 96 kilometer sejam.

Isytihar darurat

Sementara itu, ombak tinggi menyebabka­n jalan pinggir pantai Boston dinaiki air buat kali kedua dalam tahun ini dan ia diburukkan lagi dengan tiupan angin pada kelajuan 113 kilometer sejam.

Gabenor Virginia, Ralph Northam turut membuat pengisytih­aran darurat, bagi memudahkan misi bantuan kepada penduduk terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia