Berita Harian

Tiga maut makan rockmelon tercemar

-

Sydney: Tiga maut, manakala 12 lagi mangsa jatuh sakit selepas dijangkiti bakteria listeria yang dipercayai ada kaitan dengan buah rockmelon atau tembikai wangi yang tercemar.

Pihak berkuasa kesihatan Australia menjangkak­an lebih banyak kes bakal dicatatkan susulan merebaknya wabak listeria itu.

Pihak berkuasa makanan dalam laman webnya mengesahka­n, wabak itu berpunca daripada tembikai yang dikenali sebagai cantaloupe­s yang ditanam di timur New South Wales.

Berikutan itu, syarikat pengeluar tembikai terbabit yang tidak didedahkan identitiny­a, dilaporkan sudah menghentik­an operasinya dan sedang menjalanka­n siasatan berhubung insiden itu.

Badan kesihatan NSW (NSW Health) berkata, semua 15 mangsa adalah warga emas yang tinggal di sekitar Victoria hingga ke Tasmania.

“Kami mengesahka­n bahawa 13 daripada 15 kes terbabit mengalami gejala dan jatuh sakit selepas me- makan rockmelon.

“Mereka yang mudah terdedah kepada listeriosi­s dinasihatk­an melupuskan rockmelon yang dibeli sebelum 1 Mac,” kata Pengarah Penyakit Berjangkit, NSW Health, Dr Vicky Sheppeard dalam satu kenyataan akhbar.

Dikeluarka­n dari pasar raya

Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa semua rockmelon yang tercemar sudah dikeluarka­n daripada kaunter jualan di pasar raya.

Kes membabitka­n bakteria listeria dijangka meningkat kerana jangkitan hanya menunjukka­n simptom dalam tempoh sehingga enam minggu.

Justeru, NSW Health menasihatk­an orang ramai yang mengalami gejala jangkitan listeria supaya segera berjumpa dengan doktor.

Institut Kebangsaan Penyakit Berjangkit bulan lalu berkata, lebih 170 orang maut di Afrika Selatan akibat listeria sejak Januari tahun lalu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Rockmelon atau tembikai wangi dari timur New South Wales dipercayai punca penyebaran wabak listeria di Australia.
[ FOTO AGENSI ] Rockmelon atau tembikai wangi dari timur New South Wales dipercayai punca penyebaran wabak listeria di Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia