Berita Harian

Tatu tertua pada mumia ditemui di Mesir

-

London: Sekumpulan penyelidik berjaya menemui tatu tertua di dunia pada dua mumia dari Mesir yang berusia 5,000 tahun.

Tatu terbabit ditemui pada bahagian lengan kedua-dua mumia lelaki dan wanita berkenaan dengan gambar seekor lembu liar dan biri-biri pada lelaki itu serta bentuk huruf S pada lengan dan bahu mumia wanita.

Penemuan itu menolak bukti terhadap kewujudan amalan mencacah tatu di Afrika sejak 1,000 tahun lalu.

Butiran mengenai tatu terbabit diterbitka­n dalam Jurnal Sains Arkeologi.

Salah seorang penulis kertas penyelidik­an dan kurator antropolog­i fizikal di Muzium British, Daniel Antoine berkata, penemuan itu mengubah pemahaman mengenai cara hidup masyarakat ketika itu.

Mati akibat tikaman

“Baru sekarang kita mendapat maklumat baharu mengenai kehidupan individu ini. Luar biasanya, penemuan lebih 5,000 tahun ini menolak bukti kewujudan amalan bertatu di Afrika dengan jarak seribu tahun,” katanya kepada BBC News.

Mumia lelaki itu ditemui kirakira 100 tahun lalu dan imbasan CT menunjukka­n dia berusia antara 18 hingga 21 tahun ketika meninggal dunia akibat tikaman pada bahagian belakang.

Pada mulanya, mereka tidak menganggap kesan hitam pada lengannya begitu penting sehingga imbasan infra merah dilakukan dan kelihatan kesan tatu bertindih menunjukka­n gambar haiwan bertanduk.

Penyelidik percaya tatu ditemui itu ada status keberanian dan pengetahua­n magis.

Mumia ini ditemui di Gebelein, di bahagian selatan Mesir, kira-kira 40 kilometer selatan ke Luxor.

 ??  ?? Tatu biri-biri pada lengan mumia lelaki yang ditemui.
Tatu biri-biri pada lengan mumia lelaki yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia