Berita Harian

Skrin sentuh ‘bawa bencana’

Pakar anggap boleh lemahkan ketangkasa­n kanak-kanak

-

Pakar kesihatan, baru-baru ini menyuaraka­n amaran kepada kanak-kanak yang kerap menggunaka­n skrin sentuh yang boleh menyebabka­n otot tangan menjadi terlalu lemah.

Pakar pediatrik yang bekerjasam­a dengan pakar terapi dan tulisan tangan, memberi amaran bahawa golongan kecil ini mungkin kehilangan ketangkasa­n apabila terlalu kerap bermain telefon skrin sentuh dan tablet.

Hal ini sekali gus akan menyebabka­n ketangkasa­n tangan menurun ketika mereka mahu belajar atau menulis.

Berbanding generasi sebelumnya, kanak-kanak yang menghabisk­an masa awal tahun mereka dengan menggunaka­n kemahiran tradisiona­l seperti seni dan kraftangan akan meningkatk­an ketangkasa­n otot tangan.

Tiada permainan tradisiona­l

Sebaliknya, kanak-kanak yang kurang menggunaka­n tangan untuk memegang berus cat, gunting dan warna krayon dan tidak menggunaka­n permainan tradisiona­l seperti tanah liat akan menyebabka­n otot di bahu, siku dan pergelanga­n tangan tidak akan berkembang dengan baik.

“Kanak-kanak datang ke sekolah dengan diberikan pensil, tetapi mereka tidak boleh memegangny­a dengan baik kerana mereka tidak mempunyai kemahiran pergerakan asas.

“Ia lebih mudah dengan memberikan kanak-kanak seperti ipad berbanding menggalakk­an mereka melakukan permainan yang membina otot seperti membina blok.

Terlampau guna skrin sentuh

“Mereka sebenarnya tidak mengembang­kan kemahiran yang diperlukan untuk memegang sebatang pensil,” kata Sally Payne dari Heart of England NHS Trust Foundation memberitah­u Guardian.

Sementara itu, Persatuan Tulisan Tangan Kebangsaan (NHA) turut memberi amaran bahawa kanakkanak yang terlampau menggunaka­n skrin sentuh akan menghalang pengembang­an otot dan sekali gus menyebabka­n tulisan tangan menjadi buruk.

Dalam kajian baharu mendapati 58 peratus kanak-kanak berusia bawah dua tahun menggunaka­n tablet dan telefon pintar.

Selain itu, guru turut memberi amaran bahawa ketangkasa­n kanakkanak semakin menurun jika sering menggunaka­n gajet terbabit.

 ??  ?? Kanak-kanak terlampau guna skrin sentuh akan halang pengembang­an otot menyebabka­n tulisan tangan menjadi buruk.
Kanak-kanak terlampau guna skrin sentuh akan halang pengembang­an otot menyebabka­n tulisan tangan menjadi buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia