Berita Harian

Percutian mewah cara tersendiri

-

Pandu uji lima kenderaan sambil terokai keindahan pusat pelanconga­n

Memulakan perjalanan, penulis memandu Volkswagen Vento.

Prestasi kenderaan ini begitu memuaskan hati bersesuaia­n dengan jenamanya. Ketika melalui selekoh tajam, ia dalam keadaan sempurna dan meluncur laju tanpa sebarang masalah.

Ternyata perbezaan ketika memandu kenderaan biasa kepada kenderaan mewah. Semuanya hebat dari segi kelancaran. Setiap kali pedal minyak dipacu, kemudahan melaras stereng rasa penuh keyakinan.

Walaupun sesekali berderau darah penulis melakukan aksi pemanduan luar biasa di selekoh tajam tetapi kehebatan kenderaan itu tiada batasan.

Pemandanga­n mendamaika­n

Tanpa disedari, lokasi Mangala Resort & Spa terletak di kawasan pedalaman yang begitu indah pemandanga­nnya, berada di depan mata.

Percutian ini sungguh sempurna. Beristireh­at di resort ini cukup mendamaika­n. Jauh dari hiruk-piruk bandar dan di situ dihidangka­n dengan pemandanga­n alam semula jadi yang begitu menyegar dan mendamaika­n.

Pada waktu malam, kami mengikuti senaman yoga bertujuan melatih diri menghargai ketenangan dan kesunyian menjadikan pengalaman berada di resort berkenaan terlalu istimewa.

Sebaik selesai, disediakan tikar yoga menghadap langit yang disinari percikan cahaya bulan dan bintang sambil mendengar alunan lagu bertajuk

dendangan Payung Teduh, artis dari negara seberang. Karya yang dihasilkan sangat puitis, sekali gus ada yang hanyut dibuai mimpi.

Pengalaman berbeza

Selepas menginap dua hari satu malam, waktu untuk pulang. Kali ini penulis merasai pula memandu uji kereta Passat dengan reka bentuk elegan dan mewah.

Separuh akhir pemanduan, penulis menukar memandu kereta Tiguan, yang besar dan kompak ini menjadikan kenderaan utiliti crossover (CUV) pasti menjadi dambaan sesiapa sahaja yang berpeluang memandu.

Terasa gah dan hebat di dalam perut Tiguan dan memandu laju memintas kenderaan lain sepanjang lebuh raya sebelum tiba di Kuala Lumpur.

Nota kaki buat mereka yang gemar melancong ke luar negara, anda boleh mengaplika­sikan gaya ini, namun bercuti di dalam negara menawarkan sesuatu lebih berbeza jika dirancang sempurna.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia