Berita Harian

Tenang, nyaman tepisungai di Tegudon

Rehatkan minda bermalam dalam khemah dengan suasana kampung

- Oleh

Mbhnews@bh.com.my

enikmati kopi panas pada waktu dingin pagi di tepi sungai sambil melihat panorama puncak Gunung Kinabalu, pastinya menjanjika­n pengalaman manis seperti dilalui penulis bersama empat rakan ketika berkhemah di Tegudon Tourism Village, baru-baru ini.

Terletak 27 kilometer (km) dari pekan Kota Belud, lokasi ekopelanco­ngan desa sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah dan cintakan alam semula jadi.

Perjalanan hampir setengah jam dari pekan Kota Belud menyaksika­n pemandanga­n suasana perkampung­an yang indah dan mendamaika­n.

Pemandanga­n indah

Sebaik tiba di Tegudon Tourism Village, penulis terpegun melihat keindahan lokasi, hanya beberapa meter dari Sungai Wario. Pemandanga­n indah sawah padi dan jambatan gantung seolah-olah melihat potret pemandanga­n di kaki gunung dengan Gunung Kinabalu sebagai pelengkap landskap.

Pada mulanya kawasan itu tidak begitu dikunjungi ramai, namun sejak kebelakang­an ini, tempat berkenaan semakin kerap menjadi tumpuan. Pemerhatia­n mendapati, menjelang senja, jumlah pengunjung meningkat dan masing-masing gigih mendirikan khemah di sekitar lokasi disediakan.

Bagi pengunjung yang tidak memiliki khemah sendiri, jangan risau kerana mereka boleh menyewa dengan bayaran antara RM10 sehingga RM40 mengikut saiz, selain bayaran bermalam di tapak perkhemaha­n pada kadar RM7 (dewasa), RM3 (pelajar), manakala kanakkanak berumur 12 tahun ke bawah, masuk percuma.

Sekiranya tidak mahu bermalam, pengunjung boleh memilih melakukan aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan. Mereka hanya dikenakan bayaran masuk RM3 (dewasa) dan RM1 (kanakkanak 7-12 tahun) untuk warganegar­a, manakala pelancong asing dikenakan RM7 (dewasa) serta RM3 (kanak-kanak 7-12 tahun).

Kami bertuah kerana mendapat tapak perkhemaha­n di lokasi strategik menghadap Gunung Kinabalu. Selesai mendirikan khemah, kami menghidupk­an api pada alat pemanggang untuk menyediaka­n hidangan makan malam secara BBQ.

Lihat bintang

Selesai menjamu selera, kami berehat sambil menyaksika­n keindahan malam dengan taburan bintang di langit, selain kedengaran deruan air mengalir dari puncak Gunung Kinabalu sebelum masuk ke khemah untuk tidur.

Keesokanny­a, masingmasi­ng bangun sekitar jam 6 pagi untuk melihat matahari terbit di sebalik pemandanga­n menghijau sawah padi dan langit seakan berwarna jingga.

Tempat ini dikendalik­an oleh komuniti Kampung Tegudon.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Perkhidmat­an sewa khemah turut disediakan kepada pengunjung.
Perkhidmat­an sewa khemah turut disediakan kepada pengunjung.
 ??  ?? Panorama indah berlatarka­n Gunung Kinabalu.
Panorama indah berlatarka­n Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia