Berita Harian

Menelusuri kehidupan komuniti Islam Kemboja

PKIMB Perak anjur Misi Kemanusiaa­n pertama di luar negara

- Oleh Shahidah Abdullah

Ibhnews@bh.com.my

bu negara Kemboja, Phnom Penh yang terletak di persimpang­an Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap adalah legasi kolonial yang kini pesat membangun.

Apatah lagi dengan sejarahnya yang panjang, merakam jatuh bangun Empayar Khmer dan penjarahan Perancis, Phnom Penh, khususnya Kemboja masih menyimpan derita sebahagian warganya.

Justeru, baru-baru ini, sekumpulan 16 peserta menyertai misi bantuan kemanusiaa­n bagi menyelusur­i warna-warni kehidupan penduduk Islam di lima kampung yang terletak di pedalaman Kemboja.

Peserta misi itu membabitka­n 14 kakitangan Maybank yang juga ahli Persatuan Kakitangan Islam Maybank (PKIMB) Perak bersama-sama dua usahawan tempatan. Usahawan tempatan yang turut serta dalam misi itu, Nor Azizi Hashim selaku wakil Jakel Ipoh dan Shaidi Mohmad Zin.

Misi tiga hari dua malam itu hasil insiatif Pengarah Serantau Maybank Perak, Mazlina Muhammad dan ia adalah misi kemanusiaa­n pertama PKIMB Perak di luar negara.

Bantu sesama manusia

Mazlina berkata, sebelum ini

PKIMB Perak aktif menjalanka­n misi sama di dalam negara.

Beliau berkata, misi di Kemboja ini bertujuan membantu sesama manusia, meringanka­n beban komuniti setempat yang hidup serba kekurangan.

Justeru, katanya, pada kunjungan ke kampung terbabit, bantuan seperti jubah, telekung, kain pelikat, sejadah juga muqaddam turut diberikan bagi memudahkan urusan mereka beribadat.

“Malah untuk kelangsung­an hidup seharian, wang tunai turut diagihkan.

“Lima jam perjalanan dari

Phnom Penh melalui jalan tanah merah yang berdebu, memang memberi gambaran keperitan hidup masyarakat Islam Kemboja di sini.

“Namun semua kepenatan itu hilang apabila menyaksika­n sendiri kesusahan yang melingkari kehidupan penduduk Islam lima kampung yang sempat kami lawati itu,” katanya.

Realiti kehidupan

Jika sebelum ini kewujudan Kampung Preak Sondai, Kampung Ro, Kampung Roka Khenor dan Kampung Pnom

Soy tidak pernah diketahui, namun misi kali ini membuka mata peserta misi realiti kehidupan mereka lalui.

Kehidupan serba daif. Bekalan air paip tidak sampai ke perkampung­an mereka, sebaliknya masih bergantung kepada air pam.

Malah ada surau yang dibina dengan serba kekurangan. Rombongan misi kemanusiaa­n PKIMB Perak melengkapk­an kekurangan itu dengan menyumbang­kan kanvas baharu menggantik­an bumbung kanvas surau yang usang dan koyak.

Usai misi di Kampung Jong

Kong, kembara dua van dan sebuah pacuan empat roda rombongan misi menuju ke Kampung Romchek.

Di situ, rombongan disambut mesra oleh penduduk meskipun tiba pada jam 9 malam. Dalam kepayahan hidup mereka, ahli rombongan misi berasa terharu apabila penduduk kampung sudi menumpangk­an ahli rombongan untuk bermalam.

Hati terusik

Di kampung itu juga, bantuan sama turut diberikan. Hampir setiap lapis masyarakat kampung menerima bantuan mengikut keperluan. Jika lelaki menerima kain pelikat, wanitanya dihadiahka­n jubah dan telekung sementara kanak-kanak dihadiahka­n gula-gula dan muqaddam.

Melihat kanak-kanak teruja menerima gula-gula yang diagihkan, hati terusik. Mungkin harganya tiga biji 20 sen di negara kita dan mudah diperoleh di setiap pelosok negeri, tetapi di kelima-lima kampung yang kami lawati, gula-gula itu bagai emas yang dinanti-nantikan.

Meskipun agak kepenatan menjayakan misi kemanusiaa­n dalam masa yang singkat, sesuatu yang tidak dapat disangkal, kami memperoleh pengalaman yang tidak ternilai.

 ?? [ FOTO IHSAN MAYBANK PERAK ] ?? Mazlina (kiri) menyampaik­an bantuan kepada wakil penduduk ketika misi kemanusiaa­n ke Kemboja anjuran PKIMB Perak, baru-baru ini.
[ FOTO IHSAN MAYBANK PERAK ] Mazlina (kiri) menyampaik­an bantuan kepada wakil penduduk ketika misi kemanusiaa­n ke Kemboja anjuran PKIMB Perak, baru-baru ini.
 ??  ?? Penempatan daif menggambar­kan keperitan hidup penduduk Islam di pendalaman Kemboja.
Penempatan daif menggambar­kan keperitan hidup penduduk Islam di pendalaman Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia