Berita Harian

Cuaca panas, sejuk perlu jagaan sempurna

-

Shalina_mdnoor@nstp.com.my

epanjang bercuti anda memerlukan tenaga dan stamina yang kuat kerana banyak berjalan kaki untuk meneroka satu tempat ke tempat lain, hingga menyebabka­n kaki berasa sakit dan lenguh.

Kesan kesakitan itu disebabkan berlakunya ketegangan otot pada bahagian kaki kerana aktiviti berjalan anda lebih aktif berbanding hari biasa.

Kesan sakit pada kaki itu perlu dirawat kerana anda perlu meneruskan perjalanan ke lokasi lain pula pada hari berikutnya.

Anda boleh melegakan rasa sakit itu dengan menjalani urutan, sama ada menggunaka­n krim pelembap atau losen.

Namun, kaedah lain untuk melegakan rasa sakit iaitu dengan merendamka­n kaki di dalam besen diisi air suam. Anda juga boleh mencampurk­an air tadi dengan garam dan sedikit minyak aromaterap­i.

Magnesium di dalam garam membantu merehatkan otot, tetapi pastikan air tidak terlalu panas, Pendedahan kulit kepada panas mentari tanpa perlindung­an boleh merosakkan kulit mengakibat­kan kekeringan dan kesan penuaan.

Aktiviti pengembara­an dalam cuaca tidak menentu sama ada panas atau sejuk boleh merosakkan kulit dan perlu dijaga dengan pemakaian krim sesuai.

Sapu krim perlindung­an

Sebelum melakukan aktiviti luar, amalkan menyapu krim tabir suria dengan SPF tinggi melebihi 50 SPF, agar dapat melindungi cahaya matahari melampau hingga merosakkan kulit.

 ??  ?? Aktiviti regangan selama 30 minit membantu mengurangk­an kesakitan Pastikan tempoh rendaman kurang daripada 30 minit kerana air garam menarik cecair dari tubuh dan menyebabka­n dehidrasi
Aktiviti regangan selama 30 minit membantu mengurangk­an kesakitan Pastikan tempoh rendaman kurang daripada 30 minit kerana air garam menarik cecair dari tubuh dan menyebabka­n dehidrasi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia