Berita Harian

Anak daftar ibu sertai Kem Dapat Jodoh

-

Putrajaya: Seorang ibu mendapat sokongan daripada kedua-dua anaknya untuk mencari pasangan hidup semula, selepas menyendiri sejak dua tahun lalu.

Sokongan itu diterjemah­kan dengan mendaftark­an ibu mereka untuk menyertai program Kem Dapat Jodoh.

Norila Mansor, 46, berkata penyertaan ini diaturkan anaknya yang mahu beliau mencari pasangan hidup dengan harapan menikmati kebahagiaa­n semula.

Beliau bertuah kerana anak memahami perasaanny­a yang berhak menikmati kebahagiaa­n hidup bersama pasangan, memandangk­an kedua-dua mereka sudah meningkat dewasa dan mempunyai tanggungja­wab masing-masing.

“Saya terkejut kerana penyertaan ini diaturkan tanpa pengetahua­n saya,” katanya pada program anjuran NDA Training Consultanc­y.

Program tingkat keyakinan diri

Norila berkata, penyertaan ini bukan sekadar mencari pasangan hidup semata-mata, malah segala ilmu dan panduan hidup diperoleh daripada program ini membantuny­a meningkatk­an keyakinan diri untuk terus hidup berpasanga­n semula.

“Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Ini berikutan pelbagai cabaran pernah ditempuhi sebelum ini,

“Program sedemikian adalah sebahagian sesi perkongsia­n ilmu untuk dimanfaatk­an peserta bagi menjamin kebahagiaa­n keluarga secara keseluruha­nnya,” katanya.

Pada program semalam, lebih 500 peserta sekitar Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Terengganu menyertain­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia