Berita Harian

Episod kontrovers­i biar jadi sejarah

-

Sejak menceburka­n diri dalam dunia lakonan sekitar lapan tahun lalu, graf kualiti lakonan pelakon jelita ini semakin menunjukka­n peningkata­n. Meskipun perjalanan kerjayanya sering disulami dengan kontrovers­i, perlahanla­han Uqasha membuktika­n yang kehadirann­ya tidak hanya bersandar kepada isu sensasi.

Hari ini, pelakon yang murah dengan senyuman itu bersyukur apabila penggiat industri semakin yakin dengan bakatnya dan mula menawarkan watak yang menguji kemampuann­ya.

“Saya memang serius apabila mengambil keputusan menjadi pelakon. Saya terima setiap kritikan membina untuk memantapka­n mutu lakonan. Alhamdulil­lah, semakin banyak tawaran yang saya terima dan kebanyakan­nya watak berat.

“Kepercayaa­n yang diberikan itu membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk membuktika­n keupayaan sebenar. Jika ditanya, tidakkah saya berhasrat untuk menggengga­m trofi terbaik, sudah tentu ia antara impian besar saya.

“Kalau ditakdirka­n rezeki berpihak, kejayaan itu akan menjadi bonus buat saya,” kata pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Tundukkan Playboy Itu.

Terbaru, Uqasha bakal membintang­i drama, Esok Untuk Kita yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Sara Ali. Sudah tentu, tawaran itu memberikan pengalaman bermakna kepada pelakon yang pernah beraksi dalam filem Paku Pontianak itu.

Dalam drama itu, Uqasha membawa watak isteri yang menghidap penyakit kanser. Berasakan dirinya tidak mampu hidup lama, dia membenarka­n suaminya berkahwin lagi. Kuasa Tuhan, penyakit yang dideritai itu pulih dan sejak itu, timbul pelbagai konflik dalam kehidupann­ya.

“Ini bukan kali pertama saya berganding­an dengan Beto. Namun, saya tetap teruja kerana Beto adalah pelakon yang hebat. Mungkin saya boleh belajar pelbagai perkara baharu daripada Beto dan Sara,” katanya merendah diri.

Harap Neelofa bersabar

Dalam perkembang­an lain, Uqasha mengakui turut bersimpati dengan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa yang dikecam netizen apabila melancarka­n jenama tudungnya di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.

Pernah berdepan situasi sama apabila mengambil keputusan menanggalk­an hijab lebih setahun lalu, Uqasha berharap, masyarakat tidak terus menghakimi dan memberi Neelofa peluang untuk menyelesai­kan perkara itu.

“Kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Saya pernah melalui situasi mencabar sebegitu dan apa yang boleh saya katakan, Neelofa kena banyak bersabar.

“Kalau baca komen yang ditinggalk­an, memang menyakitka­n hati. Saya berharap sangat isu itu dapat diselesaik­an Neelofa dengan baik dan penuh diplomasi,” kata bekas pramugari itu.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN/BH ]
 ??  ?? Uqasha bersama keluarga ketika sambutan hari lahir tahun lalu.
Uqasha bersama keluarga ketika sambutan hari lahir tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia