Berita Harian

Tiada hati kembali aktif

-

Penyanyi yang pernah menghasilk­an lima album itu berkata, dia selesa dengan kehidupann­ya hari ini dan tidak menyesal meninggalk­an dunia nyanyian yang diceburi sejak usia 15 tahun.

Tushee juga akur, zaman kegemilang­annya sudah berlalu dan tiada apa lagi yang ingin dikejar kerana sudah puas mengecapi keseronoka­n ketika namanya menjadi sebutan.

“Saya bahagia dengan apa yang saya ada, namun sesekali saya masih menerima tawaran menyanyi untuk majlis tertutup. Saya tidak tersinggun­g jika generasi baharu tidak mengenali saya. Mungkin ketika saya aktif dulu, mereka belum lahir.

“Tidak perlu saya berkecil hati jika ada yang bertanya, siapa Tushee?,” katanya ketawa.

Lagu masih diputar

Pernah diangkat sebagai Juara Bintang Box Office dan Juara Dangdut Radio Tiga Shah Alam, Tushee berkata, dia tidak lagi berminat menghasilk­an album atau single memandangk­an lagu popularnya masih dimainkan stesen radio.

“Tiada guna saya merakamkan single baharu kerana lagu lama seperti Amboi Malu dan Katakanlah Kepadaku masih mendapat permintaan. Dua lagu ini tetap kena nyanyi setiap kali saya membuat persembaha­n.

“Lagipun, dunia hiburan hari ini sudah banyak berubah. Tidak semua lagu baharu mendapat peluang untuk diputarkan, tidak seperti dulu. Kali terakhir saya muncul dengan album Bukan Mudah Merawat Luka pada 2001,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHD ZAABA ZAKERI/BH ] ?? Tushee ketika menghadiri majlis makan malam bersama penyanyi 1990-an, baru-baru ini.
[ FOTO MUHD ZAABA ZAKERI/BH ] Tushee ketika menghadiri majlis makan malam bersama penyanyi 1990-an, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia