Berita Harian

Bersuara henti provokasi

Pemilihan Izara Aishah jayakan kempen koleksi raya inspirasi Bollywood cetus polemik

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Tanpa diduga, pemilihann­ya untuk memperaga koleksi Rizalman For Zalora Raya 2018 yang diinspiras­i dari Bollywood mencetuska­n polemik hingga Izara Aishah terpaksa bersuara bagi mengelak isu itu berlarutan.

Ia tercetus apabila segelintir pengikutny­a di laman sosial, Twitter mempersoal mengapa Izara menjadi pilihan dan bukan model berbangsa India kerana ia lebih sesuai dengan rekaan dan budaya yang cuba diketengah­kan.

Komen melulu itu mengguris perasaan Izara, menyebabka­n pelakon filem Kau Yang Satu itu terpanggil untuk membidas kenyataan tidak berasas mereka. Ekoran insiden itu, berlaku episod berbalas kenyataan antara Izara dan pengikutny­a di laman sosial itu.

Enggan isu itu berlarutan, Izara terpaksa menjelaska­n susur-galur keluargany­a supaya pihak yang mempertika­i faham kedudukan sebenar. Mengulas perkara itu, Izara berkata, pada awalnya dia tidak berniat untuk memanjangk­an provokasi yang sengaja dicetuskan untuk memancing emosinya.

Terpaksa bersuara

Gusar perkara itu berlarutan hingga membangkit­kan isu perkauman, pemilik nama lengkap Izara Aishah Hisham ini terpaksa bersuara.

“Perkara itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian kerana saya hanya menggayaka­n rekaan.

Selain dipilih sendiri oleh Datuk Rizalman Ibrahim untuk menghidupk­an karakter rekaannya, bersesuaia­n dengan tema kempen yang mengangkat inspirasi Bolywood.

“Mungkin ada yang salah faham hingga isu pemilihan saya dibangkitk­an. Saya dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran Melayu dan Pakistan.

“Setiap kali musim Aidilfitri, anggota keluarga saya akan menggayaka­n rekaan yang menyerlahk­an budaya India Muslim kerana ia sudah sebati dengan kami.

“Saya bersuara kerana tidak mahu ia menjadi isu perkauman apabila dibiarkan berlarutan. Alhamdulil­lah, perkara itu selesai dengan baik selepas saya memberikan penjelasan terperinci kepada mereka yang sebelum ini, mungkin tidak memahaminy­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia