Berita Harian

Suami letak syarat

-

Beralih perkembang­an peribadiny­a, selepas lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid, Izara berkata, dia semakin betah menggalas status isteri. Pelakon jelita ini juga mengaku, sukar berenggang dengan suaminya.

“Setakat ini, Adib tidak pernah menghalang saya berlakon. Cuma syaratnya, saya tidak dibenarkan bermalam di luar. Jika saya ada penggambar­an di luar kota, Adib akan ikut sekali. Memang dia tidak boleh berpisah lama dengan saya,“katanya.

Mengenai perancanga­n untuk menimang cahaya mata, pasangan ini menyerahka­n perkara itu kepada Yang Maha Esa.

“Kalau ditakdirka­n menerima cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima dengan hati terbuka. Memang kami tidak merancang,” kata pelakon yang mula dikenali menerusi drama Vanilla Coklat ini.

Ditanya perasaan menantikan ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat, Izara berkata, dia turut berasakan debaran itu.

“Kami baru berbual mengenai perkara ini dan tidak dinafikan, masing-masing berdebar menanti detik bermakna itu. Saya berdoa semoga semua urusannya dipermudah­kan,” katanya.

Rindu berlakon filem

Beralih kepada kerjaya lakonan, pemilik Diploma Seni Persembaha­n ini akur apabila rezekinya lebih terarah kepada drama sepanjang tahun ini.

“Kebanyakan tawaran yang datang untuk penerbitan televisyen. Saya akan memasuki set penggambar­an drama sempena Aidilfitri untuk siaran RTM. Selepas itu, saya akan berlakon untuk supertelef­ilem dan jadual penggambar­an memerlukan saya berlakon sehingga hujung tahun ini.

“Nampaknya tahun ini, tidak ada rezeki untuk saya berlakon filem. Sekali pun ada tawaran, mungkin saya tidak dapat menerimany­a kerana jadual yang sangat padat,” kata Izara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia