Berita Harian

Bottas diingat jangan lagi beri alasan

Hamilton laung amaran kepada rakan sepasukan supaya lebih kompetitif

-

Lewis Hamilton berkata, tiada lagi alasan buat rakan sepasukann­ya di Mercedes, Valtteri Bottas untuk menjadi lebih kompetitif pada musim 2018 apabila memasuki tahun keduanya bersama pasukan Formula Satu (F1) berkenaan.

Bottas tiba di Mercedes pada Januari 2017 bagi menggantik­an juara dunia, Nico Rosberg yang membuat kejutan bersara pada saat akhir.

Pelumba itu juga meraih tiga kemenangan pada musim pertamanya bersama pengeluar dari Jerman itu bagi meraih tempat ketiga keseluruha­n dalam carta pemandu.

Pada pertengaha­n musim, terdapat persoalan mengenai kemampuan Bottas untuk bersaing dengan Hamilton yang mengejar gelaran keempat, namun pemandu dari Finland itu kini dilihat bersedia pada tahun keduanya bersama Mercedes.

Bulan lalu, Bottas pernah menyatakan yang dia tetap yakin rakan sepasukann­ya itu mampu dikalahkan.

Musim sukar

Ditanya sekiranya Hamilton menjangkak­an Bottas lebih sukar dikalahkan pada musim 2018, juara dunia empat kali itu berkata: “Tidak. Tetapi saya akan berkata begitu untuk semua orang.

“Ia bukan saja mengenai Valtteri. Tahun lalu, ia adalah musim yang sukar untuknya menyertai pasukan baharu, mempelajar­i perkara baharu dan pengawalan (jentera) baharu dan saya fikir dia kini sudah melalui semua proses pembelajar­an itu.

“Jadi sekarang, saya fikir dia akan mempamerka­n sesuatu. Tidak ada lagi alasan. Dia menikmati perlumbaan yang hebat pada beberapa pusingan terakhir, yang mana amat bagus dan saya jangka dia akan berada di tahap yang terbaik untuk musim baharu ini.

“Adakah saya menjangkak­an dia boleh menghampir­i? Saya fikir begitu. Saya perlu memikirkan yang dia akan berada di tahap terbaik dengan pantas.

“Namun begitu juga saya di mana ia juga adalah sasaran saya,” katanya.

 ?? [ FOTO EFE ] ?? Aksi Bottas pada hari terakhir sesi ujian di Barcelona, 1 Mac lalu.
[ FOTO EFE ] Aksi Bottas pada hari terakhir sesi ujian di Barcelona, 1 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia