Berita Harian

Djokovic bakal diuji mental selepas rehat panjang

-

Monaco: Novak Djokovic bakal berdepan kesukaran apabila kembali ke Jelajah ATP selepas rehat panjang susulan kecederaan dan situasi itu pasti akan menjejaska­n ketahanan mentalnya, kata bekas jurulatih, Boris Becker.

Kepulangan bekas pemain tenis nombor satu dunia dari Serbia itu ke kejohanan kompetitif masih belum boleh dipastikan, sekali pun dia buat pertama kali memaparkan gambarnya menjalani latihan di atas gelanggang, awal minggu ini.

Djokovic menjalani ‘pembedahan’ kecil selepas tersingkir di pusingan empat Terbuka Australia, bulan lalu dengan juara 12 kali Grand Slam itu tewas di tangan pemain Korea Selatan, Chung Hyeon.

Becker, yang melatih Djokovic memenangi enam gelaran Grand Slam pada 2014 hingga 2016 memberitah­u wartawan ketika di majlis Anugerah Laureus Awards, di sini dengan berkata, bekas anak didiknya itu perlu menerima hakikat betapa kejayaan mungkin tidak tiba dengan pantas.

Tidak mustahil raih kejayaan

“Mental akan menjadi cabaran terbesarny­a,” kata Becker ketika majlis yang dianjurkan oleh Laureus. “Betapa banyak kamu dapat mene rima untuk melakukan kerja remeh seperti latihan pada pagi Isnin, tersingkir di pusingan pertama dan kedua pada kejohanan yang kamu jangka menang selain keadaan cuaca yang berangin dan panas.

“Kebiasaann­ya, mereka kata jumlah masa yang kamu tidak bermain dan untuk kembali ke tahap yang sebelumnya adalah sama, jadi saya berharap ia tidak berlaku kepada Djokovic kerana itu bermakna ia akan kekal sehingga penghujung tahun.”

Becker berkata, dua pemain hebat, Rafael Nadal dan Roger Federer sudah membuktika­n tidak mustahil untuk meraih kejayaan selepas berehat pan jang susulan kecederaan.

Nadal dan Federer mendominas­i Grand Slam pada 2017 dengan bintang veteran dari Switzerlan­d itu mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka Australia pada Januari lalu.

“Jangkaanny­a mungkin terlalu tinggi buatnya (Djokovic) untuk kembali dan memenangi kejohanan pertamanya di Grand Slam,” kata Becker.

“Rafa dan Federer sudah menunjukka­n contoh kepulangan semula mereka tetapi mereka tidak normal. Kebiasaann­ya ia mengambil masa,” kata Becker yang memiliki enam gelaran Grand Slam termasuk Wimbledon ketika berusia 17 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia