Berita Harian

Lopes julang Monaco

-

Paris: Rony Lopes meledak gol keenamnya dalam tujuh perlawanan bagi membantu Monaco bangkit menewaskan Bordeaux 21, sekali gus mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua Ligue 1.

Pendahulu liga, Paris Saint-germain (PSG) mengumpul 71 mata menjelang kunjungan ke Troyes dan Monaco kini meraih 60 mata, manakala Marseille di tangga ketiga dengan 55 mata.

Bordeaux memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir sebelum pertemuan ini dan mendahului permainan hasil jaringan Valentin Vada pada minit ke-30.

Pemain yang diburu Arsenal, Thomas Lemar mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan seminit kemudian, tetapi Stevan Jovetic memastikan kedudukan kembali seimbang sejurus sebelum rehat.

Sudut sukar

Lopes kemudianny­a memastikan tiga mata menjadi milik Monaco menerusi menerusi jaringan dari sudut sukar pada minit ke-69.

Setakat ini, Lopes sudah meledak lima kali dalam enam perlawanan liga Monaco, termasuk dua gol ketika seri 3-3 di Toulouse minggu lalu.

Sebelum ini, pemain 22 tahun dari Portugal itu beraksi bersama Manchester City dan dijual kepada Monaco pada 2015.

Selepas dipinjamka­n semusim kepada Lille, dia kembali sebagai pengganti Bernardo Silva dan menikmati musim yang memberangs­angkan.

“Dia antara seorang pemain yang mempunyai keupayaan untuk berjaya, saya ucapkan tahniah kepadanya,” kata Jardim.

“Dia memanfaatk­an tempoh lapan bulan sejak kepulangan­nya,” kata Jardim yang mengemudi pasukannya mengekalka­n rekod tanpa tewas dalam 13 perlawanan liga.

 ??  ?? Rony Lopes
Rony Lopes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia