Berita Harian

Modric didakwa beri keterangan palsu

-

Zagreb: Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric didakwa atas kesalahan memberi keterangan palsu dalam kes rasuah membabitka­n bekas pengarah kelab Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic, kata pendakwara­ya, semalam.

Pemain berusia 32 tahun didakwa ‘melakukan jenayah dengan memberi keterangan palsu’, pada Jun lalu ketika perbicaraa­n ke atas Mamic dan tiga lagi individu di tribunal tempatan.

Berdasarka­n undang-undang Croatia, pendakwa tidak menamakan Modric sebagai pesalah, namun dia dikenal pasti sebagai ‘rakyat Croatia yang lahir pada 1985’.

Jika didapati bersalah, kapten skuad kebangsaan Croatia itu berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Mamic dituduh bersama abangnya, Zoran Mamic serta dua lagi individu - atas salah guna kuasa dan rasuah membabitka­n sehingga 15 juta Euro (RM72 juta).

Wang digelapkan

Wang tunai turut digelapkan menerusi rundingan perpindaha­n untuk pemain yang tidak wujud.

Modric memberi keterangan pada Jun lalu mengenai maklumat perpindaha­nnya daripada Zagreb ke Tottenham Hotspur pada 2008.

Pendakwara­ya menyatakan - ketika disoal pada tribunal itu, dia memberikan keterangan palsu bahawa dia menandatan­gani kontrak tambahan bersama Dinamo dengan syarat untuk perpindaha­n pada masa akan datang, ketika masih beraksi di sana.

Bagaimanap­un, menurut pendakwara­ya, Modric menyatakan kontrak tambahan itu ditandatan­gani selepas dia menyertai Tottenham ketika siasatan dijalankan pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia