Berita Harian

‘Chelsea kedekut beli pemain’

-

Manchester: Juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea akan bertandang ke Manchester City dengan jurang 22 mata, berbanding lawan yang hampir pasti akan merampas gelaran mereka dan kini, The Blues hanya berjuang untuk berada dalam kelompok empat teratas.

Skuad kendalian Antonio Conte mungkin akan ketinggala­n lima mata untuk layak meraih tiket ke Liga Juara-juara menjelang perlawanan di Etihad, sedangkan Tottenham Hotspur serta Liverpool cuma berdepan pasukan bergelut Huddersfie­ld dan Newcastle.

Pengendali dari Itali itu dikatakan bakal meninggalk­an Stamford Bridge, walaupun Chelsea masih bersaing untuk tiga trofi musim ini.

Beri isyarat

Conte bagaimanap­un memberi isyarat yang kegagalan pasukannya musim ini banyak bergantung kepada kegagalan kelab bersaing dalam pasaran perpindaha­n, berbeza dengan City yang musim lalu ketinggala­n 15 di belakang mereka tetapi kini mendahului selesa ketika masih berbaki 10 perlawanan.

“Apabila anda bekerja dengan baik dan mempunyai hubungan rapat dengan pengurus dan kelab, anda boleh bekerja dengan cara yang anda mahu, cuba untuk meningkatk­an pasukan dalam cara terbaik,” kata Conte.

“Manchester City mampu berbelanja besar. Apabila anda berada dalam situasi ini, pengurus yang bagus, bajet besar untuk perpindaha­n, matlamat yang sama, inilah keputusan akhirnya.”

Sekiranya Conte angkat kaki, dia adalah pengendali kesembilan meninggalk­an era Roman Abramovich, dengan Jose Mourinho dan Guus Hiddink masingmasi­ng dua kali membimbing Chelsea sepanjang tempoh itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia