Berita Harian

Conte memang pakar: Guardiola

Pengurus City bermain psikologi puji rakan sejawatan di Chelsea

-

Menjelang pertembung­an Chelsea-manchester City hari ini, Pep Guardiola bermain psikologi dengan memuji rakan sejawatann­ya, Antonio Conte sebagai pakar taktikal yang berjaya mengubah corak permainan kelab di Liga Perdana Inggeris.

Hakikatnya, Conte memenangi gelaran Liga Perdana pada musim pertamanya di England tahun lalu tetapi kelab London itu kini bergelut di tangga kelima, 22 mata di belakang pendahulu, City.

Chelsea juga ketinggala­n dua mata di belakang Tottenham Hotspur dalam perebutan kelompok empat teratas yang menjanjika­n tiket ke Liga Juara-juara musim depan.

“Saya rasa Conte akan meninggalk­an sesuatu kepada bola sepak Inggeris. Itu amat pasti,” kata Guardiola menjelang pertemuann­ya dengan penyandang juara itu di Stadium Etihad.

Skuad kendalian Guardiola turun dengan keyakinan tinggi selepas menewaskan Arsenal 3-0, Khamis lalu, manakala Chelsea tewas 1-2 kepada Manchester United di Old Traffod, pada Ahad.

Conte, yang membawa Itali ke suku akhir Euro 2016 sebelum menyertai Chelsea penghujung tahun berkenaan, dikatakan bakal meninggalk­an Stamford Bridge selepas mengkritik polisi perpindaha­n kelab musim ini.

Bukti kemampuan

Guardiola bagaimanap­un merasakan bekas bos Juventus itu sudah membuktika­n kemampuann­ya dalam bola sepak Inggeris.

“Apa yang Antonio lakukan di sini, dalam Liga Perdana, mungkin tidak ramai yang menyedarin­ya,” kata bekas pengendali Barcelona itu.

“Dia memperkena­lkan cara lain untuk menyerang dengan lima pemain di benteng, sistem berbeza. Banyak pasukan, termasuk Arsenal, berusaha untuk mengikutin­ya.

“Secara taktikal dia adalah pakar. Dia melakukann­ya dengan cemerlang bersama skuad Itali dan ketika dia di Turin.”

 ??  ?? Guardiola (kanan) yakin pemainnya boleh menewaskan Chelsea dalam pertemuan EPL di Stadium Etihad.
Guardiola (kanan) yakin pemainnya boleh menewaskan Chelsea dalam pertemuan EPL di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia