Berita Harian

Nasib Wenger di tangan Brighton

-

Brighton: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sudah biasa memekakkan telinga dengan tuntutan dan desakan meletak jawatan, tetapi kedudukann­ya sebagai pengendali semakin goyah menjelang pertemuan dengan Brighton, hari ini.

Kekalahan 0-3 di tangan Manchester City di Stadium Emirates, Khamis lalu membuatkan kritikan terhadap Wenger dan anak buahnya semakin memuncak, selepas kekalahan pada final Piala Liga di tangan lawan sama empat hari sebelum itu.

Jurang antara kedua-dua pasukan menunjukka­n betapa jauh Arsenal tergelinci­r di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris dan ribuan kerusi kosong ketika perlawanan kedua - memberi petanda yang tempoh 22 tahun Wenger bersama kelab sudah menghampir­i penghujung.

Cuaca buruk yang menjadi antara punca tidak ramai yang hadir menyaksika­n perlawanan di utara London, tetapi hakikat yang penyokong Arsenal sudah muak dengan prestasi di atas padang juga cukup jelas.

Malah seorang bekas pemain kendalian Wenger, Martin Keown turut mendesak Arsenal melepaskan saja pengendali dari Perancis itu.

Pertahan kedudukan

Bagaimanap­un Wenger terus mempertaha­nkan kedudukann­ya dan berkata tidak ada yang memalukan apabila tewas kepada pasukan hebat seperti City.

“Anda lihat kepada keputusan dan merasakan ia sesuatu yang mengarut, tetapi itu bukan keadaan sebenar,” katanya. “Anda perlu melihat melihatnya secara menyeluruh.

“Lihat di mana kelemahan dan kekuatan kita, tingkatkan kekuatan itu dan sisih kelemahan yang kita ada. Mereka pasukan yang terbaik ketika ini, mereka meninggalk­an semua orang, bukan hanya kita.

Skuad Wenger kini di tangga keenam, 10 mata di belakang tangga keempat dan kemenangan Liga Europa peluang terbaik buat mereka untuk kembali menyertai kancah Liga Juara-juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia