Berita Harian

Azlan Shah raih podium di Buriram

-

Kuala Lumpur: Pelumba Supersport­s 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzama­n bermula positif untuk mempertaha­nkan gelaran keseluruha­n apabila menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga, pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) di Litar Antarabang­sa Chang, Buriram, Thailand, semalam.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing yang memulakan perlumbaan dari petak keempat itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruha­n 30 minit 03.889 saat yang menyaksika­n pelumba wildcard tempatan, Thitipong Warokorn (Core Kawasaki Thailand Racing Team) muncul juara, dengan catatatn 29'59.35s.

Pelumba Australia, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) muncul naib juara dengan masa keseluruha­n 30’03.509s, manakala seorang lagi pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang bermula dari petak pertama berada di kedudukan keempat dengan masa 30’04.779s.

Gagal tepati sasaran

Meskipun gagal menepati sasaran untuk memenangi perlumbaan, Azlan bagaimanap­un berpuas hati dengan 16 mata yang dipungut hasil kemenangan di tempat ketiga pada hari ini.

“Saya tetap gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan di podium,” kata Azlan. “Mata dipungut kali ini sangat penting dalam usaha saya dan pasukan untuk mengekalka­n gelaran musim lalu.

“Kami akan mengkaji dan melihat di manakah kelemahan pada Perlumbaan 1, supaya dapat mempamerka­n aksi lebih baik pada Perlumbaan 2 (hari ini).”

Sementara itu, Mohd Izzat Zaidi Salehan (RCB Yamaha Y Y Pang Racing) muncul juara kelas Underbone 150cc dengan masa keseluruha­n 16’40.311s mengatasi rakan senegara, Md Affendi Rosli (Team One For All) di kedudukan kedua, 16’41.100s.

 ??  ?? Azlan Shah
Azlan Shah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia