Berita Harian

Peillat tunjuk gah ‘bedal’ India

Ledak hatrik bantu Argentina pada aksi pembukaan

- Oleh Naqib Nor Said dan Azizan Hashim

Gonzalo Peillat tidak perlu menunggu lama untuk meledak hatrik dalam penampilan sulungnya di Piala Sultan Azlan Shah apabila membantu pemenang Olimpik 2016, Argentina menundukka­n India 3-2 dalam aksi pembukaan di Stadium Hoki Azlan Shah, semalam.

Bagaimanap­un, aksi itu sedikit terjejas akibat hujan lebat pada suku keempat sehingga terpaksa dihentikan selama 45 minit.

Dalam pertarunga­n yang menyaksika­n kelima-lima gol hadir menerusi percubaan pukulan sudut penalti itu, India dinafikan kemenangan kerana faktor cetek pengalaman selepas mendominas­i permainan pada awal perlawanan.

Malah, pasukan nombor satu Asia itu juga dikejutkan dengan gol awal Peillat seawal minit ke-14 sebelum dia sekali lagi tidak menghadapi masalah menambah gol kedua (m-24) menerusi percubaan pukulan sudut penalti kelima Argentina.

Turun tanpa enam tonggak pada edisi ke-27 ini, India bagaimanap­un bangkit daripada ketinggala­n 0-2 untuk kembali mengikat aksi menerusi dua gol pukulan sudut penalti Amit Rohidas pada minit ke-24 dan 32.

Namun, Peillat yang masih segar dengan kejayaan muncul penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia 2018 mencuri semula kelebihan daripada India selang seminit kemudian.

Tentangan sengit

Sekalipun skuad kendalian Sjoerd Marijne tumpas, namun wajar mendapat pujian selepas berupaya memberi tentangan sengit termasuk terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada lima minit terakhir kerana layangan kad kuning ke atas Sumit.

India seterusnya akan berdepan juara bertahan England, hari ini sementara Argentina yang juga pilihan kedua kejohanan berehat selama tiga hari dan hanya dijadualka­n menentang Malaysia pada Selasa ini.

Untuk rekod, India yang dalam persiapan menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan tidak membawa pemain utama seperti Akashdeep Singh, SV Sunil, Mandeep Singh, Manpreet Singh dan penjaga gol PR Sreejesh untuk edisi kali ini.

Pakar flick, Rupinder Pal Singh dan Harmanpree­t Singh turut direhatkan untuk kejohanan kali ini sebagai langkah memberi pendedahan antarabang­sa kepada pemain muda mereka.

Jurulatih India, Sjoerd Marijne memuji persembaha­n anak buahnya yang berjaya memberi tentangan kepada lawan lebih berpengala­man.

“Tumpas kepada juara Olimpik dengan tipis. Saya tidak boleh meminta lebih daripada apa yang diberikan pemain kali ini. Tidak ada yang hendak dimalukan. Kami kalah dengan melawan,” katanya.

Sementara itu, pengurus Argentina, Javier Blanco lega dengan kejayaan itu serta tidak dapat mengelak memuji Peillat berikutan aksi cemerlangn­ya.

“Dia adalah yang terbaik dalam bidangnya ketika ini,” kata Blanco.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi (kanan) berjaya menahan bola dari pukulan pemain India, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Penjaga gol Argentina, Juan Vivaldi (kanan) berjaya menahan bola dari pukulan pemain India, semalam.
 ??  ?? Gonzalo Peillat
Gonzalo Peillat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia