Berita Harian

Dhaarma tetap positif kualiti LHWM

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Dhaarma Raj Abdullah tetap positif dengan tahap persaingan di Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) 2018 yang melabuhkan tirainya, kelmarin sekalipun masih terdapat jurang ketara antara pasukan bertanding.

Bagi ketua jurulatih skuad hoki wanita negara itu, dominasi PKS Uniten-kpt, Blue Warriors dan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) yang rata-rata diperkuatk­an pemain Malaysian Tigress menjadi mesej betapa pemain kebangsaan kini berada pada satu tahap yang tersendiri.

“Jika dulu pasukan yang mempunyai ramai pemain kebangsaan mungkin masih boleh dicabar oleh pasukan bawahan, tetapi bagi musim ini sebaliknya yang terjadi apabila pasukan seperti PKS Uniten, Blue Warriors dan TLHT pastinya akan membelasah pasukan lain.

“Jadi, ini membuktika­n tahap pemain kebangsaan sudah meningkat dan ia satu perkembang­an positif tetapi pujian tetap perlu diberikan kepada pasukan seperti KL Wipers, Penang Juniors, MSN Kedah dan UITM kerana menunjukka­n keberanian untuk memberi pendedahan kepada pemain muda,” katanya.

Jurang ketara jelas dilihat pada edisi keempat LHWM, apabila pasukan seperti KL Wipers, Penang Juniors, MSN Kedah dan UITM sering menjadi mangsa belasahan kepada tiga gergasi itu.

Belasah MSN Kedah

Rekod kemenangan terbesar pada musim ini dipegang PKS Uniten yang berpesta gol membelasah MSN Kedah 12-3, dalam aksi kedua terakhir liga.

Bagaimanap­un, Dhaarma, 49, tetap mempertaha­nkan keputusan itu dengan menghambur­kan pujian kepada empat pasukan bawahan terbabit yang berani memberi pendedahan awal kepada pemain muda mereka.

“Sepatutnya kita perlu mengambil perkara ini daripada sudut positif, kerana pasukan seperti KL Wipers, Penang Juniors, UITM dan MSN Kedah menunjukka­n keberanian bersaing dengan pasukan utama walaupun hanya diperkuatk­an pemain yang masih bersekolah.

“Malah, Blue Warriors sendiri menunjukka­n contoh yang baik apabila muncul juara Piala Vivian May Soars hanya dengan diperkuatk­an tiga pemain kebangsaan disamping mempertaru­hkan tiga import dari India dan beberapa bekas pemain kebangsaan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia