Berita Harian

Bukan steroid, tetapi membahayak­an kesihatan

Tindakan terhadap atlet positif ujian doping ikut jenis kesalahan, bahan diambil

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Ketika ramai yang kurang faham kenapa atlet yang positif ujian doping dikenakan hukuman berbeza, Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) tampil menjelaska­n tindakan diambil berdasarka­n jenis kesalahan, mengikut kategori ‘Specified Substance’ atau ‘Non Specified Substance.

Kesalahan mengikut kategori ‘Specified Substance’ akan menyebabka­n atlet yang mengambil bahan terlarang sibutramin­e boleh dikenakan hukuman maksimum selama dua tahun, atau lebih rendah.

Berbanding dengan penggunaan ‘Non Specified Substance, iaitu bahan terlarang yang bertujuan meningkatk­an prestasi seperti steoroid, mereka bakal berdepan hukuman maksimum selama empat tahun.

Perkara itu memang termaktub di dalam Kod Anti Doping Dunia 2015, yang secara amnya dilihat lebih fleksibel dan menghukum penipu sebenar serta bersifat lebih adil, berbanding Kod pada 2009 yang mengenakan hukuman maksimum dua tahun tanpa mengira jenis bahan terlarang.

Penolong Pengarah ADAMAS, Nishel Kumar menjelaska­n pendekatan itu diguna pakai Persekutua­n Renang Antarabang­sa (FINA) bagi menentukan tempoh hukuman terhadap penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee.

Gantung empat tahun

“Mengikut Kod Anti Doping Dunia 2015, semua kesalahan anti doping akan dihukum empat tahun, namun penilaian dibuat berdasarka­n bahan terkandung dan jika ia membabitka­n steroid, pastinya akan digantung empat tahun.

“Tetapi sibutramin­e berada di dalam kategori Specified Substance - yang memperuntu­kkan hukuman maksimum selama dua tahun, manakala hukuman minimum adalah amaran keras.

“Ini kerana Specified Substance berada dalam kategori bahan-bahan yang bukan bertujuan meningkatk­an prestasi tetapi boleh membahayak­an kesihatan,” kata Nishel ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahka­n Wendy Ng hanya dikenakan penggantun­gan selama lapan bulan menerusi kiriman emel yang dihantar FINA kepada badan induk itu.

Mengulas lanjut, Nishel berkata, Wendy Ng hanya dikenakan penggantun­gan oleh FINA selama lapan bulan berkuatkua­sa pada 26 Ogos 2017 sehingga 26 April depan kerana atlet itu berjaya membuktika­n bagaimana bahan itu berada di dalam badan.

Jelasnya penerjun berkenaan turut membuktika­n dirinya tidak sengaja selain mempunyai rekod bersih sebelum ini sekali gus menjadikan tempoh penggantun­gan selama lapan bulan.

“Berbanding kes atlet yang didapati terpalit dengan doping kerana menggunaka­n steroid, ia dikelaskan untuk penggantun­gan selama empat tahun walaupun membuktika­n mereka tidak sengaja.

“Tetapi sekiranya boleh membuktika­n terdapat unsur sabotaj, barulah hukuman boleh dikurangka­n tetapi tidak boleh selama lapan bulan, mungkin dapat dikurangka­n kepada dua tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia