Berita Harian

Azizulhasn­i minta maaf

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasn­i Awang terus dipalit duka apabila terkandas di pusingan awal perlumbaan pecut individu pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda, semalam.

Selain Azizulhasn­i, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut berdepan nasib sama.

Keputusan itu sekali gus menyebabka­n Azizulhasn­i gagal menebus kekecewaan gagal mempertaha­nkan jersi pelangi, selaku juara dunia selepas terkandas awal dalam saingan acara keirin, Khamis lalu.

Tampak goyah di pusingan kelayakan, Azizulhasn­i tewas kepada pelumba Britain, Jack Carlin dalam perlumbaan pusingan 1/16 di Velodrom Omnisport, Apeldoorn.

Dia hanya dipisahkan dengan perbezaan 0.052 saat (s), berbanding Carlin yang mencatatka­n 10.406s.

Pada peringkat kelayakan, pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocketrock­etman’ berusia 30 tahun itu sekadar menduduki tempat ke-28 keseluruha­n, dengan mencatat masa 10.072s untuk muncul selaku pelumba terakhir layak ke pusingan berikutnya.

Terkandas awal

Shah Firdaus dalam pada itu terkandas lebih awal apabila gagal menempatka­n diri dalam pusingan 1/16 pusingan selepas sekadar menamatkan cabaran di kedudukan kedua tercorot daripada 35 pelumba dengan masa 10.293s.

Catatan yang dilakukan Azizulhasn­i juga jauh daripada rekod baharu Asia yang dilakukann­ya di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Nilai, baru-baru ini iaitu 9.774s.

“Saya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan peminat sukan berbasikal kerana kegagalan meraih sebarang pingat.

“Pada mulanya saya sendiri tidak percaya gagal meraih sebarang pingat, bagaimanap­un saya percaya kegagalan ini boleh menjadi motivasi terbaik untuk membantu saya menang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” katanya melalui laman sosial facebook peribadiny­a, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia