Berita Harian

BAM lantik Paulus bantu Soon Kit

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melantik Paulus Firman sebagai jurulatih beregu lelaki yang baharu bagi membantu ketua jurulatih, Cheah Soon Kit.

Soon Kit kekurangan tenaga jurulatih untuk membantuny­a selepas Rosman Razak dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih beregu wanita.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pelantikan Paulus dibuat memandangk­an hanya dia yang mampu memberikan komitmen dalam masa terdekat ini, apatah lagi Malaysia kini dalam persiapan bagi menghadapi Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

“Selepas mengadakan perbincang­an dengan beberapa lagi calon lain untuk jawatan ini, hanya Paulus yang boleh memberi komitmen dan memulakan tugas dalam masa terdekat. Kami tidak boleh menunggu lagi kerana pasukan kita dalam persiapan untuk Piala Thomas.

Sonia disenarai

“Kita perlukan jurulatih segera bagi membantu Soon Kit dalam persiapan menguatkan barisan pemain beregu lelaki menghadapi Piala Thomas,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat ahli majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Paulus tidak asing buat barisan pemain beregu lelaki negara kerana pernah menggalas tugas sama pada tahun 2013 selama 10 bulan sebelum berhijrah ke Filipina sebagai jurulatih negara berkenaan.

Dalam pada itu, Norza turut mengumumka­n Sonia Cheah akan menggalas tugas sebagai perseorang­an wanita pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia bulan depan menggantik­an Goh Jin Wei yang digugurkan.

“Keputusan ini dibuat sepenuhnya ketua jurulatih perseorang­an wanita, Datuk Tey Seu Bock berdasarka­n prestasi semasa keduadua pemain. Sonia menunjukka­n prestasi yang lebih baik berbanding Jin Wei.

Sonia menyertai Datuk Lee Chong Wei (perseorang­an lelaki), Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki), Vivian Hoo-chow Mei Kuan (beregu wanita), Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh Soon Huat-shevon Lai Jamie (beregu campuran).

BAM turut memaklumka­n Tan Boon Heong menolak tawaran untuk kembali menyertai badan induk itu sebagai pemain beregu lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia