Berita Harian

BAM mahu wujud undang-undang baharu

Langkah untuk banteras kegiatan atur perlawanan

- Oleh Helmi Talkah

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mewujudkan satu peraturan baharu bagi membantera­s kegiatan mengatur perlawanan dalam kalangan pemain negara yang boleh membawa kepada hukuman digantung seumur hidup jika didapati bersalah.

Ahli Jawatankua­sa Peraturan dan Disiplin BAM, Jadadish Chandra berkata, pihaknya akan membentang­kan cadangan peraturan baharu itu untuk mendapat kelulusan ahli majlis badan induk berkenaan, sekali gus akan diguna pakai pada peringkat kebangsaan.

Katanya, peraturan baharu yang akan diperkenal­kan itu merangkumi proses undang-undang yang sama pada peringkat antarabang­sa, termasuk sesi pendengara­n kes, pembelaan dan hukuman.

“Peraturan ini sudah ada di peringkat BWF (Persekutua­n Badminton Dunia), jadi kami akan mengemukak­an cadangan ini untuk peringkat kebangsaan dan ia akan dinilai oleh Jawatankua­sa Peraturan dan Disiplin.

“Peraturan seperti ini perlu diwujudkan kerana kami tidak mahu apabila kes seperti ini berlaku, tetapi tidak ada peraturan untuk mengatasi masalah itu.

Digantung sementara

“Hukuman bergantung terhadap betapa serius kes berkenaan dan hukuman maksimum yang bakal dikenakan ialah penggantun­gan seumur hidup,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Sukan badminton negara dikejutkan dengan dua pemain profesiona­l Malaysia digantung sementara oleh BWF kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Kedua-dua pemain terbabit berdepan dengan enam tuduhan mengatur perlawanan dalam enam kejohanan berbeza antara tahun 2013 hingga 2016, susulan laporan dibuat seorang pemain bukan dari Malaysia kepada BWF.

BWF melantik tiga ahli panel bebas bagi mengadili kes berkenaan menerusi sesi pendengara­n yang berlangsun­g dua hari di Singapura, Isnin dan Selasa lalu.

Walaupun BWF masih tidak mendedahka­n nama kedua-dua pemain yang disyaki itu, namun kelibat bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkiffli dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010, Tan Chun Seang dapat dilihat sepanjang dua hari sesi pendengara­n berlangsun­g.

Mengulas mengenai insiden beliau dihalang daripada mengikuti hari kedua sesi pendengara­n kes di Singapura itu, Jadadish, berkata keputusan berkenaan adalah tidak sah kerana ia melanggar Perlembaga­an BWF.

“Kehadiran saya di sana bukan sebagai pemerhati tetapi sebagai wakil BAM, jadi mereka tiada hak untuk menghalang saya daripada memasuki sesi itu kerana ia jelas mengikut Artikel 13.8.2.6 (Perlembaga­an BWF).

“Bantahan juga sudah dikemukaka­n,” katanya.

Ikuti kupasan isu rasuah bdminton di Ms.11

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia