Berita Harian

Iskandar enggan dabik dada

-

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin enggan terlalu berpuas hati dengan kejayaanny­a muncul juara Kejohanan Badminton Kebangsaan buat kali kedua, semalam.

Iskandar yang meraih gelaran itu kali pertama pada 2015 membuktika­n dia kini di landasan tepat bagi mencapai tahap prestasi terbaiknya apabila menewaskan pemain perseorang­an kedua Malaysia, Lee Zii Jia dengan keputusan 21-19, 21-16 dalam aksi final di Stadium Juara Bukit Kiara.

Bagaimanap­un, pemain berusia 27 tahun itu berkata, dia mahu menunjukka­n aksi yang konsisten dalam setiap kejohanan disertainy­a dalam misi menempatka­n diri dalam kelompok 20 terbaik dunia pada hujung tahun ini.

“Orang tidak tahu apa yang saya lalui terutama selepas saya pulih daripada kecederaan. Ketika mula pulih, saya memang sering kalah kepada rakan lain dalam latihan dan hilang keyakinan.

Lebih yakin

“Namun, Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorang­an lelaki) banyak membantu dan memberi motivasi. Begitu juga Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (Presiden Persatuan Badminton Malaysia).

“Kini, saya lebih yakin, tetapi saya tidak mahu terlalu cepat puas hati. Saya mahu tampil aksi yang konsisten dalam setiap kejohanan,” kata Iskandar yang mengalami kecederaan belakang dan terpaksa berehat panjang sepanjang saingan musim lalu.

Sementara itu, pemain perseorang­an wanita, Sonia Cheah meraih gelaran pertama kejohanan kebangsaan selepas menewaskan rakan sepelatih, S Kisona 21-14, 21-19.

Sonia turut menerima perkhabara­n gembira apabila dia disenaraik­an untuk beraksi pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, bulan depan bagi menggantik­an Goh Jin Wei yang digugurkan.

“Akhirnya saya berjaya memenangi gelaran juara kebangsaan dan ia bertambah manis apabila saya dipilih untuk beraksi pada Sukan Komanwel,” katanya.

Dalam saingan beregu lelaki menyaksika­n pasangan nombor satu negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong muncul juara selepas mengetepik­an cabaran Mohd Arif Abdul Latif-nur Mohd Azriyn Ayup 21-17, 19-21, 21-15.

Pasangan Goh Yea Ching-soong Fie Cho pula mendominas­i saingan beregu wanita apabila menewaskan Chow Mei Kuan-yap Cheng Wen 21-19, 22-24 manakala Goh Soon Huat-shevon Lai Jamie melakar kemenangan ke atas Tan Kian Meng-lai Pei Jing 21-17, 21-17 untuk muncul juara beregu campuran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia