Berita Harian

Azraai tabik skuad Jang

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Sekalipun gagal mengheret perlawanan kepada penentuan sepakan penalti, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah mengakui pemainnya hampir melakukan kejutan ke atas Kedah sebelum tumbang pada minit terakhir perlawanan Piala FA yang berlarutan ke masa tambahan, kelmarin.

Strategi bertahan nyata membuahkan hasil kerana Kedah gagal menembusi benteng mereka sepanjang 90 minit dan hanya berjaya meledak jaringan pada minit ke-120, iaitu minit terakhir di masa tambahan.

“Saya tetap tabik semua pemain saya kerana kita mampu bertahan hingga ke hujung perlawanan dan bagi saya, ia satu kejayaan kerana memang kita datang untuk bertahan,” kata Azraai yang kembali membimbing skuad Liga Malaysia.

Corak berlainan

“Pertama, kita datang jauh dari Seremban dan kita bukan main dengan calang-calang pasukan kerana Kedah adalah juara Piala FA musim lalu dan masih antara pasukan terkuat musim ini.

“Kita tak mahu bermain dengan corak yang sama sewaktu bertemu Terengganu sebelum ini, dan pada malam ini kita merancang beraksi dengan corak berlainan di mana kita mahu bertahan dan cuba mencuri peluang mencari gol melalui serangan balas.

“Arahan kita beri adalah untuk bertahan dengan lebih berdisipli­n pada malam ini dengan pertahanan kita yang berlapis, kita dapat lakukan banyak halangan untuk menghalang deretan percubaan Kedah pada malam ini.

“Bagi saya Kedah banyak melakukan percubaan tetapi kita tetap berjaya pertahanka­n kubu kita sehingga tempoh 120 minit perlawanan. Kita mengharapk­an untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia