Berita Harian

TFC mudah benam PJ Rangers

Aksi di padang becak jejas corak permainan

- Oleh Zulfaizan Mansor

Terengganu FC (TFC) melangkah ke pusingan ketiga Piala FA dengan bergaya selepas membelasah pasukan Liga FAM, PJ Rangers FC 4-0 di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanap­un, corak permainan kedua-dua pasukan sedikit terganggu dengan permukaan padang becak akibat hujan sebelum perlawanan yang menyaksika­n TFC terpaksa menunggu hingga minit ke-37 untuk membuka tirai jaringan menerusi Lee Tuck.

TFC yang menjadi pasukan tunggal masih belum tewas dalam saingan Liga Super musim ini menjarakka­n kedudukan pada minit ke-59, hasil jaringan Igor Zonjic.

Sepakan penalti

Ketika PJ Rangers cuba bangkit untuk memecahkan kebuntuan jaringan, sebaliknya pemain sayap, Shahrul Aizad Zulkifli menambah gol ketiga skuad Penyu pada minit ke-75.

Tidak cukup dengan itu, Kipre Tchetche terus menambah derita tuan rumah ketika perlawanan berbaki enam minit apabila penyerang kelahiran Ivory Coast berkenaan menyudahka­n sepakan penalti untuk memastikan kemenangan bergaya TFC.

Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim jelas lega dengan kemenangan besar diraih skuad Penyu selepas mengakui pemainnya berdepan kesukaran untuk mempamerka­n aksi terbaik di atas padang becak.

“Pada awalnya pemain saya tampak sukar untuk bermain pada tahap terbaik kerana permukaan padang yang tak berapa baik, tetapi pada separuh masa kedua pemain berjaya memperkema­skan permainan untuk mencatat kemenangan.

“Sukar untuk mempamerka­n aksi terbaik di atas padang macam ini, tapi saya gembira pemain mampu sesuaikan diri dengan keadaan,” katanya.

 ?? [ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] ?? Pemain Terengganu FC, Abdul Malek Mat Ariff (dua dari kiri) diasak tiga pemain PJ Rangers pada perlawanan Piala FA 2018 di Stadium MBPJ.
[ FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR / BH ] Pemain Terengganu FC, Abdul Malek Mat Ariff (dua dari kiri) diasak tiga pemain PJ Rangers pada perlawanan Piala FA 2018 di Stadium MBPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia